Translate

Isnin, Oktober 24

KURSUS DI KAMPUS INTAN SABAH

Alhamdulillah, syukur kepada nikmatMu Ya Allah.. mengurniakan aku kesempatan untuk menambah ilmu pengetahuan disamping bertemu rakan rakan baru. Berterima kasih juga kepada Ketua Jabatanku kerana sudi menghantarku ke Negeri Di Bawah Bayu untuk berkursus "Better Spoken English 2/2011".

Kursus yang diadakan di Kampus INTAN Sabah pada 10hb hingga 14hb Oktober 2011, menyimpan banyak kenangan manis dan lucu selain menimba ilmu pengetahuan dari guru terlatih. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diberi di atas segala tunjuk ajar sepanjang berkampung di sana. Juga buat teman teman sekelas yang memang "the best"... terima kasih atas segala perhatian dan layanan mesra, semuanya akan ku kenang bila balik ke tempat asal nanti...

Pendek cerita, inilah antara bukti bukti  kemeriahan kami sepanjang berkampung di Asrama Danum & belajar di Kelas Cendana 2....

Tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh cikgu Johan

Sambil Belajar, kita berposing..

Meriahnya group kami ni...

Bersama Pn. Sodnan (Kuching General Hospital) & Pn. Ivy Chin (Jb. Pendaftaran Sabah) yang juga merupakan rakan semejaku.

Menunggu giliran nak guna PC

Pelajar...

Rakan rakan dari pelbagai Jabatan Kerajaan

 Bergambar kenangan bersama Mr. Johan, salah seorang tenaga pengajar yang ceria & sabar melayan karenah kami yang nakal2 semuanya...

Masa untuk makan.....

Di lobi Kampus

Sempat ke 1B bermain panah...konon nak jadi Fantaghiro la tu....

Hari Penyampaian Sijil

Menanti Majlis Penutupan

Macam di pasar ikan saja... 

Rakan rakan seperjuangan duduk bersama

 Sijil ini milikku!!!!

Tamat sudah majlis kita....

Terima kasih semuanya. Kenangan Manis bersama kalian takkan dilupakan. Ada jodoh, panjang umur kita bersua lagi di lain kursus.......Adios!

Ahad, Oktober 23

Beberapa Musim Sudah Berlalu.... Aku Kini Bukan Yang Dulu.....

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Memang sudah cukup lama tak update blog ni. Tambahan pula dengan line broadband yg sangat sangat slow macam siput tuuuuuttt... aduhai aduhai... memang mencabar kesabaranku.....


Teringat akan posting yg lepas tentang pilihan yg berakhir dengan "LOVE IT OR LEAVE IT"...  
Hal ini sebenarnya sudah agak lama terjadi namun baru kini punya keberanian untuk berkongsi. Almaklum la, dulu tu tengah kusut, meroyan & yg sewaktu dgnnya. Sekarang ni dah boleh senyum dah... 

Kadang kala kebenaran itu amat menyakitkan namun itulah hakikat hidup. Selama 10 tahun menyintai dan dicintai akhirnya ikatan yang dibina terlerai sudah tanpa kata putus. Hebat bukan? Masa tengah sayang, kita lah buah hati pengarang jantung, ditatang bagai minyak yang penuh, dilayan penuh manja sehingga terbuai dalam mimpi indah. Pendek kata, hilang sudah sifat berdikari. Yang ada sifat kebergantungan hampir 100%. 
Namun satu kejadian yang betul betul trjadi di depan mata, (mungkin Allah nak tunjuk kebenaran) membuatkan hatiku benar2 hancur lebur tapi tak lah sampai menjadi debu. Dah la masa tu aku terlibat dengan program 6P, kebetulan outstation ke Ulu Baram, ternampak lagi "si orang itu"....Allahu Akbar, hanya Allah yang tahu betapa inginnya aku terjun dari kenderaan yg sedang membawa kami saat itu juga. Apatah lagi bila ada rakan rakan yg mengenali "si orang itu" bercerita tentang perbuatannya sepanjang dia bekerja di kem tersebut yang rupa rupanya sudah ada orang baru, bukan setakat orang baru tapi sudah ada anak anak baru. Dan sepanjang aku bertugas hampir 24 jam, aku sedaya upaya menyembunyikan perasaanku dari pengetahuan rakan sepasukanku. Betapa kucuba menahan rasa tangis & pilu yg benar2 menyucuk ngilu di hatiku. Rasan nak meraung pun ada. Kerinduan & kebencian silih berganti, tambahan pula sudah beberapa bulan aku dan "si orang itu" tidak bertemu....bayangkan lah.....


Buat beberapa hari aku cuba menghubungi "si orang itu", itupun cuba cuba sahaja kerana aku tahu di kawasannya adalah di luar kawasan liputan celcom..tapi akhirnya satu hari "si orang itu" tiba tiba sahaja menghubungiku kerana ingin bertanya khabar. Mula mula aku slow talk dengan "si orang itu" namun bak kata org, pencuri mana yg mengaku dia mencuri...Langsung "si orang itu" menafikan. Akhirnya aku tahap kesabaranku menipis, bak gunung berapi pendam, ku muntahkan segala kata kata, ku ceritakan segala yg ku tahu & kunampak. Jawapannya? Tanpa kata maaf "si orang itu" hanya berkata, "hal sudah terjadi, susah mahu cakap"....Cisssss.......


Itulah perbualan terakhir kami. Dan sehingga kini, tanpa kata putus, aku meneruskan kehidupan dengan hati yang pasrah. Dan aku bersyukur, di saat aku dalam kesedihan, Agnes, sahabat sejatiku menemaniku siang dan malam, mendengar setiap luahan hatiku, melihat tangisanku, memujukku & menjagaku.
Dengan kekuatan yg ada, aku cuba bangkit dari kegagalan, kukuatkan hati dgn iman. Kucuba mengubah sifat kebergantunganku kepada sifat berdikari.... Insya Allah, dengan izin Allah, aku akan berusaha...


Alhamdulillah, syukurku kepadamu Ya Allah, kini aku sudah mampu tersenyum & ketawa.... Biarlah yg lepas menjadi kenangan & pengajaran. Biarlah kini aku melangkah ke hadapan dengan pennuh yakin dan memulakan kehidupan baru yang lebih diberkati dengan restu ibu bapa & perlindungan dari Yang Maha Esa.


~Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu~
~Apabila Allah lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu~
~Apabila Allah tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu~
~Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun, kerana Kasih Sayang Allah itu mendahului KemurkaanNYA~

Sabtu, Julai 17

JULAI YANG PANAS....

Hmm.... nak sharing sekejap dengan sekalian yang ada di luar sana...mana tau kot ada yang memahami.....

Kadang kadang kita amat perlukan kawan dalam setiap aspek kehidupan, kawan sebagai teman ketawa juga teman menangis. Aku mempunyai beberapa orang kawan yg kuanggap sebagai best friend.... Sama sama mengharungi cabaran hidup bersama sama, gelak ketawa mereka masih kukenang sehingga kini. Namun, apakan daya, setiap manusia punya takdir sendiri. Kami terpisah mencari haluan hidup. Arwah Rusna, pergi meninggalkan kami buat selama lamanya pada saat arwah baru berusia awal 20an. Ana Pengabang, kembali ke daerah limbang bersama suami & anak anak. Jane, semenjak mempunyai anak pertama dan mengikut suaminya berpindah, kini langsung terputus hubungan. Begitu juga Suriani Salim, semenjak mengikut suami ke Sulawesi, hingga sekarang tiada khabar berita lagi. Hanya Zainah, satu satunya yang terdekat, mengikut suaminya yang bertugas di Bekenu. Namanya dah masing masing bekeluarga, ,masa untuk bersama teman teman amatlah terbatas. Maka tinggallah aku yang masih single mingle ni keseorangan. Bukan tiada teman lain tetapi, keserasian & keselesaan itu belum ada.

Lupakan kisah teman, buka cerita lain. Tentang pilihan... Pada pendapat peribadiku, manusia itu, jika mempunyai lebih dari satu pilihan, dia tidak akan peduli dengan pilihan pertama yg ada di depan mata. Apatah lagi pilihan yg lain itu lebih menarik minat, maka akan lupalah ia dengan pilihan yg pertama, sedangkan sebelum dia mempunyai pelbagai pilihan, yg pertama itu lah yg dijaga dengan baik, ditatang dengan cermat. hai manusia,... sungguh cepat kau lupa daratan... Nanti bila pilihan yg menarik itu akhirnya mempunya effek negatif, barulah terkial kial nak tarik kembali... kalau bagiku senang, LOVE IT! OR LEAVE IT!! ....

Oktober yang ????

Agak lama juga tak update blog ni memandangkan kesibukan yang memanjang. (Entah sibuk kerja ke sibuk main games kat facebook).

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang bulan ini. Antara yang menariknya, majlis 3 dalam 1 diadakan di Everly Hotel Bintulu pada 19.10.2009 dengan tema Glamour Raya.

Ni pemenang anugerah Putera Puteri aidilfitri. Kreatif kan walaupun simple....

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009. Semua ceria, maklumlah makan free...

Majlis Perpisahan PIT Hashim yang akan berpindah ke Sabah kerana dinaikkan pangkat. Tahniah bos!! Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Memang sporting habis.


Majlis Persaraaan PIT(1) Talib. Jasamu akan sentiasa dikenang. Bersama sebahagian teman teman se-unit.


The Only Four. Ratu ratu port yang penuh gaya dan digeruni hantu laut.


Ramai ramai bergambar kenangan selepas kenyang makan.

Yang tak menariknya, kad pengenalan ku telah hilang entah ke mana. maka terpaksalah aku ke JPN untuk buat IC yang baru dan membayar kompaun yang beratus ringgit tu.... (Adus.. dah la tak da terima gaji bulan ni)

Rabu, Mac 24

Taman Mini

Hobi menanam bunga ni sebenarnya dah agak lama tapi memandangkan tugas rasmi yang tak menentu masa, maka taman mini menjadi tak terjaga. Tunggulah bila ada masa terluang aku akan menambah koleksi bunga bungaku. Tapi dalam banyak banyak bunga, aku paling suka bunga kaktus sebab ia senang dijaga. Tak payah nak siram tetiap hari atau nak cantas sana sini. Jadi pendek cerita, sekarang ni aku lebih suka tanam pokok bunga yang mudah dijaga... termasuk rumput pegaga yang tumbuh meliar.......

























Lagi lagi cerita Lilo & Stitch


Wajah terbaru Lillo & Stitch. Si Stitch yang hitam agak kurus semenjak dah pandai cari girlfriend. Manakala  Lillo pula dah jadi ibu mengandung, tunggu bulan nak bersalin...


Jumaat, Mac 19

Hidup mesti kreatif.....

Agak lama tak update blog ni.  Sibuk dengan pekerjaan hakiki di tambah pula dengan hobi baru, membuat gelang kristal & mutiara. Idea yang didapati semenjak pulang bercuti ke Sabah. Asalnya cuma memborong gelang & keronsang yang ada di Pasar Filipina, ada juga keropok amplang, kuih cincin dan ikan masin. Apabila dah balik ke Bintulu dan dijual kepada teman teman, rupa rupanya mendapat sambutan juga. Malah ada yang bertanya jika masih ada barangan tersebut padahal stok yang ada dah habis. maka tercetuslah idea untuk melangkah jauh ke bidang pemerdagangan  kristal & mutiara ini. Bahan mentahnya di beli khas dari Sabah, dan kini dalam proses membuat. Insya Allah, dalam tempoh terdekat akan dipromosikan untuk jualan. Malah aku tengah dalam proses membuat blog khas untuk mereka yang berminat bershopping secara online.













Ada juga One Drop Perfumes dijajakan. Minyak wangi tanpa alkohol ini didapati dari pengedar yang juga rakanku, Ojie. Sambutan juga menggalakkan, malangnya aku tak simpan banyak stok One Drop Perfumes ni. sabar sabar ya kawan kawan, tunggu dah pulang modal aku akan order lagi.


Dan juga cupcakes yang comel lote menarik hatiku untuk mempelajarinya. Tunggulah hasilnya nanti......