Hmm.... nak sharing sekejap dengan sekalian yang ada di luar sana...mana tau kot ada yang memahami.....
Kadang kadang kita amat perlukan kawan dalam setiap aspek kehidupan, kawan sebagai teman ketawa juga teman menangis. Aku mempunyai beberapa orang kawan yg kuanggap sebagai best friend.... Sama sama mengharungi cabaran hidup bersama sama, gelak ketawa mereka masih kukenang sehingga kini. Namun, apakan daya, setiap manusia punya takdir sendiri. Kami terpisah mencari haluan hidup. Arwah Rusna, pergi meninggalkan kami buat selama lamanya pada saat arwah baru berusia awal 20an. Ana Pengabang, kembali ke daerah limbang bersama suami & anak anak. Jane, semenjak mempunyai anak pertama dan mengikut suaminya berpindah, kini langsung terputus hubungan. Begitu juga Suriani Salim, semenjak mengikut suami ke Sulawesi, hingga sekarang tiada khabar berita lagi. Hanya Zainah, satu satunya yang terdekat, mengikut suaminya yang bertugas di Bekenu. Namanya dah masing masing bekeluarga, ,masa untuk bersama teman teman amatlah terbatas. Maka tinggallah aku yang masih single mingle ni keseorangan. Bukan tiada teman lain tetapi, keserasian & keselesaan itu belum ada.
Lupakan kisah teman, buka cerita lain. Tentang pilihan... Pada pendapat peribadiku, manusia itu, jika mempunyai lebih dari satu pilihan, dia tidak akan peduli dengan pilihan pertama yg ada di depan mata. Apatah lagi pilihan yg lain itu lebih menarik minat, maka akan lupalah ia dengan pilihan yg pertama, sedangkan sebelum dia mempunyai pelbagai pilihan, yg pertama itu lah yg dijaga dengan baik, ditatang dengan cermat. hai manusia,... sungguh cepat kau lupa daratan... Nanti bila pilihan yg menarik itu akhirnya mempunya effek negatif, barulah terkial kial nak tarik kembali... kalau bagiku senang, LOVE IT! OR LEAVE IT!! ....
Translate
Sabtu, Julai 17
Oktober yang ????
Agak lama juga tak update blog ni memandangkan kesibukan yang memanjang. (Entah sibuk kerja ke sibuk main games kat facebook).
Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang bulan ini. Antara yang menariknya, majlis 3 dalam 1 diadakan di Everly Hotel Bintulu pada 19.10.2009 dengan tema Glamour Raya.
Ni pemenang anugerah Putera Puteri aidilfitri. Kreatif kan walaupun simple....
Yang tak menariknya, kad pengenalan ku telah hilang entah ke mana. maka terpaksalah aku ke JPN untuk buat IC yang baru dan membayar kompaun yang beratus ringgit tu.... (Adus.. dah la tak da terima gaji bulan ni)

Majlis Perpisahan PIT Hashim yang akan berpindah ke Sabah kerana dinaikkan pangkat. Tahniah bos!! Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Memang sporting habis.
Majlis Persaraaan PIT(1) Talib. Jasamu akan sentiasa dikenang. Bersama sebahagian teman teman se-unit.
Yang tak menariknya, kad pengenalan ku telah hilang entah ke mana. maka terpaksalah aku ke JPN untuk buat IC yang baru dan membayar kompaun yang beratus ringgit tu.... (Adus.. dah la tak da terima gaji bulan ni)
Rabu, Mac 24
Taman Mini
Hobi menanam bunga ni sebenarnya dah agak lama tapi memandangkan tugas rasmi yang tak menentu masa, maka taman mini menjadi tak terjaga. Tunggulah bila ada masa terluang aku akan menambah koleksi bunga bungaku. Tapi dalam banyak banyak bunga, aku paling suka bunga kaktus sebab ia senang dijaga. Tak payah nak siram tetiap hari atau nak cantas sana sini. Jadi pendek cerita, sekarang ni aku lebih suka tanam pokok bunga yang mudah dijaga... termasuk rumput pegaga yang tumbuh meliar.......
Lagi lagi cerita Lilo & Stitch
Wajah terbaru Lillo & Stitch. Si Stitch yang hitam agak kurus semenjak dah pandai cari girlfriend. Manakala Lillo pula dah jadi ibu mengandung, tunggu bulan nak bersalin...
Jumaat, Mac 19
Hidup mesti kreatif.....
Agak lama tak update blog ni. Sibuk dengan pekerjaan hakiki di tambah pula dengan hobi baru, membuat gelang kristal & mutiara. Idea yang didapati semenjak pulang bercuti ke Sabah. Asalnya cuma memborong gelang & keronsang yang ada di Pasar Filipina, ada juga keropok amplang, kuih cincin dan ikan masin. Apabila dah balik ke Bintulu dan dijual kepada teman teman, rupa rupanya mendapat sambutan juga. Malah ada yang bertanya jika masih ada barangan tersebut padahal stok yang ada dah habis. maka tercetuslah idea untuk melangkah jauh ke bidang pemerdagangan kristal & mutiara ini. Bahan mentahnya di beli khas dari Sabah, dan kini dalam proses membuat. Insya Allah, dalam tempoh terdekat akan dipromosikan untuk jualan. Malah aku tengah dalam proses membuat blog khas untuk mereka yang berminat bershopping secara online.
Ada juga One Drop Perfumes dijajakan. Minyak wangi tanpa alkohol ini didapati dari pengedar yang juga rakanku, Ojie. Sambutan juga menggalakkan, malangnya aku tak simpan banyak stok One Drop Perfumes ni. sabar sabar ya kawan kawan, tunggu dah pulang modal aku akan order lagi.
Dan juga cupcakes yang comel lote menarik hatiku untuk mempelajarinya. Tunggulah hasilnya nanti......

Langgan:
Catatan (Atom)