Translate

Selasa, September 11

Dah jadi sarang labah labah

Aduh kesiannya blog kak yan ni. banyak betul sarang labah labah akibat sudah terlalu lama tak paparkan perkembangan terbaru. Baik nasib tak berhantu blog ni. Tapi kalau terkena hantu nakal tak pa juga seperti dalam cerita korea Arang & the magistrate. Kak Yan memang addict betul dengan cerita tu. Maklum lah, demam korea sudah menjangkiti kak yan. Siang malam angau dengan cerita korea sampai sanggup mempelajari bahasa korea secara online di Youtube. Hahahah.. harap harap lah panasnya sampai ke petang, alang alang belajar biar pandai terus, agar dapat dipergunakan dalam tugas seharian.

Beralih cerita tentang kucing pula, sekarang ni kak yan ada 8 ekor kucing iaitu Lilo, Bullet, Smokey, Orange, Blackie, Pinky, Pico, Brownie. Sebenarnya ada kucing yang ke 9 bernama Ragad tetapi semenjak bulan puasa 2012 yang lalu dia menghilang entah ke mana. Kak yan tercari cari juga tapi tak terjumpa. Entah lah, tidak juga di ketahui nasibnya hingga kini. Oh ya, ni kak yan post kan gambar gambar kucing kesayangan kak yan, peneraju di rumah kami yang dihuni cuma 4 orang manusia...hahahah

Bullet, Blackie & Orange...

 Macam manalah kak yan nak tidur kalau mereka ini sudah memonopoli tilam...
Tinggal kenangan, Ragad bersama adiknya Orange