Translate

Ahad, Disember 11

Mari berkenalan dengan si Tampoi dan Ucong

Mesti kitak orang tertanya tanya nak pa di padah KakYan ya. Sapa Tampoi? Sapa Ucong? Pelik juak nama adik beradik tok. Heheheeh....

Boh pia, tok KakYan nak introduce ngan kitak orang.


Tok namanya Tampoi. Urang Sarawak nunggahnya buah tampoi ok. Bukan tampoi pakey berak ya. Ada juak orang nunggahnya buah Puak. Mun urang nungggahnya buah kejirak isinya ada lain sikit, ada rona mirah mirah. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa. Mun negeri lain sik ku tauk pa nama kampungnya.  Buah tok isinya berona putih ada bijik. Ada juak rona kuning. Macam kitak orang makan buah langsat ya.  Buah tok ada rasa kelat kelat manis kadang kadang masam, ada juak rasa lemak lemak manis. Tapi nang nyaman cerik ku. Tapi kinek tok macam jarang dah orang menjualnya. Engkali dah mok pupus kah, atau nya merajuk sik mok berbuah kah, atau orang dah malas nak ngambiknya dalam utan. Tapi mun musimnya berbuah, tang kacak jak pokok di tangga, tang berjejer jak buahnya cam buah anggur. Maaplah sekda gambar pokok tampoi tok sebab aku pun sik pernah nangga pokok tok idup idup. Google kan mun mok nangga pokoknya. Yang ku tauk, nemunya di tamu jak. Ya pun susah bercarik.


Nok sigek tok Ucong namanya. Ada urang nunggahnya belimbing hutan, Nama saintifiknya Baccaurea angulata. Isinya macam rupa buah tampoi juak. Rasanya ada masam masam manis sikitlah. Kira adik beradik tampoilah. Kulit buah tok boleh dipolah jadi asam tapi sik juak ku tauk camney molahnya. Sama cam tampoi juak buah tok susah dapat. Nang bernasib bait la mun nemu urang menjual buah tok.

Pengalaman pertama sebagai pengacara majlis - tahun 2012

Tetiba KakYan terpanggil untuk bercerita pendek pengalaman KakYan menjadi pengacara majlis. Dah la first time, huhuhu sajalah. Walaupun cuma majlis tahunan tempat KakYan kerja, walaupun hanya dihadiri oleh rakan rakan sekerja, dah namanya jenis darah gemuruh, baik nasib tak darah tinggi. Pasangan pengacara pun KakYan tak kenal lagi masa tu sebab dia baru berpindah ke Bintulu. Kami cuma berjumpa dan berbincang sehari sebelum majlis. Baik nasib kena partner yang boleh mengarang teks ucapan jadi KakYan cuma jadi tukang baca saja lah.

Memang banyak kesilapan pada hari kejadian. Nama nama VIP yang susah disebut KakYan bagi partner saja yang sebut. Memang partner KakYan ni punya condifen tinggi. Dia hantam saja bagi memeriahkan majlis. Kalau KakYan yang handle, confirm hambar majlis.

Jom KakYan belanja gambar semasa majlis. Baju biru tu KakYan buat sendiri tau.Heheheh



Suasana majlis.


KakYan dan rakan pengacara. Sebenarnya dia yang lebih banyak berceloteh berbanding KakYan. Maklum la KakYan ni pemalu sikit orangnya, suara mahal..heheheh


Segala perubahan aturcara diberitahu oleh AJK yang bertugas


Snap snap dulu. 


Dapat hadiah cabutan bertuah


Part dapat hadiah hilang terus darah gemuruh


Bergambar kenangan dengan bos KakYan

Sekarang dah alami sendiri. Bagi KakYan , seronok lagi jadi tetamu, dapat makan puas puas bernbanding pengacara majlis yang masa makan pun terhad. Ish, tak seronoknya, tak dapat nak menghayati kemeriahan majlis. Cukup sekali mencuba, lain kali tak nak lah... hehehe

Sabtu, Disember 10

Baru sekarang nak Post - 2012 - Edisi menerjah Pulau Mabul

Tetiba rasa teringin nak bercuti di kepulauan yang indah dan berair jernih. Kebetulan saya mengikuti FB Scuba Jeff, maka rancangan untuk bercuti di Pulau Mabul di usul kepada kawan kawan yang berminat. Dan hasilnya 5 orang setuju untuk pergi bercuti bersama sama.

Kami berangkat dari Bintulu mengikut alternatif masing masing. Ada yang memandu kereta sendiri, dan ada yang mengambil penerbangan dari Bintulu ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Tawau. Apa yang pasti, kami akan berkumpul di Tawau sebelum berangkat. Kami bermalam di satu hotel yang saya dah lupa namanya.


Buat yang tak tahu di mana Pulau Mabul. Tengok gugusan pulau pulaunya.

Hari pertama, Awal pagi kami berangkat ke Semporna dan seterusnya ke pejabat Scuba Jeff untuk mendaftar dan membayar baki pakej kami. Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot menuju ke Pulau Mabul. Cerita seterusnya, biarlah gambar yang berbicara memandangkan saya ni agak malas nak menaip. Nak terbitkan satu cerita pun makan masa bertahun tahun.


Dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna. Hanya mengambil masa selama kurang lebih 1 jam 30 minit. Harap tak hujan kerana beg kami di belakang ni tak ada cover.


Masuk sudah ke Bandar Semporna



Lihat kambing pun menyambut ketibaan kami.


Ketibaan kami di Semporna disambut dengan papan tanda yang rata ratanya mempromosikan nama Pulau Sipadan yang terkenal.


Kalau tak mahu bermalam di Tawau boleh juga bermalam di Sempona. Banyak Inn dan Hotel di sini.


Banner di ruang pejabat Scuba Jeff. Banyak pakej menarik dengan harga murah disediakan. Sebelum ini banyak juga saya servey pakej pakej yang ditawarkan di internet tapi pakej dari Scuba Jeff juga yang menarik minat sebab boleh dikatakan harga mampu milik. Bagi yang berminat boleh contact sendiri Scuba Jeff ya:-


Snap snap dulu sama si amoi.


Rundingan damai sedang berlangsung...


Kami berjalan kaki ke Jeti Semporna, tak jauh tu beberapa minit saja. Sempat snap snap sementara menunggu ketibaan bot dari Mabul.


Meninggalkan tanah besar menuju ke Pulau Mabul. Perjalanan dari Jeti Semporna ke Pulau Mabul memakan masa 45 minit.


Laut agak tenang.


Sayup sayup kelihatan beberapa pulau.


Salah satu pulau yang dilimpasi. Pulau Manampilik



Snap lagi amoi bertiga ni.


Pelantar minyak diubah suai menjadi tempat penginapan untuk para divers milik Seaventures Dive Rig. Sesiapa yang rasa dirinya berduit tu bolehlah bermalam di sini. Unikkan. 


Kenampakan sudah salah satu resort mewah milik Mabul Water Bungalows


Hampir sudah. Ini adalah salah satu dive lodge yang terdapat di Pulau Mabul.


Uncle Chang yang punya


Menyusuri di tepian laut melihat rumah yang bercampur dengan rumah penginapan


Kelihatan anak anak Bajau Laut sedang mendayung sampan


Inilah tempat kami menginap untuk beberapa hari. Simple saja rumah Scuba Jeff. Kalau mandi ni terus terjun dari bilik..hehehe Tapi saya rasa agak sedikit kecewa sebab tak berkesempatan untuk berjumpa dengan Scuba Jess in person. Diberitahu bahawa dia bercuti balik kampung. Bukan reseki saya lah tu.



Tanpa membuang masa terus jalan jalan. Oleh kerana kami sampai hampir tengahari maka aktiviti hari pertama hanyalah mengelilingi Pulau Mabul.


 Penduduk tempatan di sini rata rata menjual hasil laut kepada pelancong.


Nak beli sovenir jemputlah singgah. Mentang mentang la cerita Finding Nemo tengah hot terus ambil nama untuk kedainya.




Di sini tiada kenderaan kecuali kereta sorong. Pulau Mabul hanya bersaiz kecil dan melengkung. Keluasan dalam 20 hektar dan 2-3 meter dari aras laut. Dasarnya tidak dalam dan sangat popular untuk aktiviti diving dan snorkeling. Pelbagai spesis ikan dan terumbu karang boleh dijumpai di sini.

Perkampungan Mabul pula kebanyakannya adalah golongan imigran dari Selatan Filipina, terutamanya bangsa Bajau Laut dan Suluk yang sebahagian besar masih mengamalkan gaya hidup nomad.

Kemudahan asas yang terdapat di pulau ini termasuklah dewan, masjid, sekolah dan balai polis.



Gerai menjual cenderahati. Budak budak di sini mudah mesra kepada pelancong.


Antara terumbu karang untuk dijual.


Rumah kecil ini menarik minat saya kerana terdapat banyak bunga di halaman rumahnya.


Patut pun rasa tertarik. Ini tarikan utamanya paduhal. Meoww


Lagi gambar halaman rumah kecil


Antara rumah penduduk yang ada. Budak budak ni mengikut kami dari tadi.



Gerai cenderahati diperbuat dari pohon kelapa



Suasana tengahari yang nyaman


Hiasan lampu di sekitarnya.


Suasana begini amat sesuai bagi mereka yang cintakan kedamaian.


Majoriti pokok kelapa yang tumbuh di sini kerana tanahnya yang berpasir putih.


Antara resort mewah yang terdapat di pulau.


Nak berjemur? Silakan..


Satu satunya sekolah yang terdapat di Pulau Mabul. Bekalan elektrik hanyalah daripada generator utama di pulau dan sistem solar.


Sistem solar kegunaan sekolah


Pra sekolah. 


Rumah generator dan tempat untuk mengisi tangki2. Saya lupa tangki apa itu. Mungkin oksigen agaknya.


Snap snap lagi di sini.


Seronok melihat gelagat para pelancong.


Kembali ke rumah Scuba Jeff. Snap lagi gambar botnya.


Peta ringkas kawasan menyelam. Kami akan di bawa ke 2 lokasi untuk snorkerling pagi esok. Tak sabar nak mengalami sendiri pengalaman pertama snorkeling. Bukannya pandai sangat berenang pun.


Lihatlah airnya cetek semasa surut. Jadi boleh la snap sanp gambar dari atas air yang jernih. Saya dengan tak sabarnya terus mengharung air. Banyak jenis spesis yang saya temui disini.


Lihat tapak sulaiman yang berwarna biru tu. Nak pegang tapi tak berani.


Ni spesis cendawan laut ke? Hehe


Seronok melihat anak anak ikan berenang renang sambil menggigit kaki. Geli lah..hehehe



Lihat besarnya tapak sulaiman tu dibandingkan dengan kaki saya. Kalau membelit tu entahlah..


 Rupa macam landak laut atau sea urchin. Yang pasti bulunya nampak lembut bergoyang goyang mengikut alunan air.


Lagi sang ikan seronok berenang renang. Rasa nak tangkap lah.


Ini kalau tak silap rambutan laut. Boleh di makan ni.


Lihat yang bercorak tu. Bukan tapak sulaiman tapi yang panjang tu... Ular laut ke belut laut?


Cantiknya landak laut ni tapi takut nak dipegang. Silap silap tercucuk durinya, kena yang beracun baru padan muka.



Terumbu karang hidup. Berlendir sikit rasanya bila dipegang


Nampak tak ikan tu ada sayap.


 Lagi spesis terumbu karang hidup


Tak tau nak describe apa benda ni. Tumbuhan atau hidupan laut?


Ada tengok si nemo yang berwarna oren tu. Hihihi... first time tengok yang lepas bebas.


Tapak sulaiman berwarna merah


Cutenya tapak sulaiman ni macam bintang.


Dah petang petang begini kita lepak lepak dulu menikmati keindahan alam yang luas terbentang. Seterusnya, terjun lah... Syiok habis, sorry ya tak da snap snap masa mandi.


Yang ni saja sempat snap masa mandi. Tu pasal nak selfie dengan tapak sulaiman yang comel ni. Lepas snap snap, letak balik ke laut. Nak bawa balik bukan reti nak menternaknya.


Tahan nafas budak budak ni menyelam. Lihat budak tu menyelam kat Sesudu Garden Scuba Jeff


Lihat dia dapat tangkap anak ikan jerung lah. Pakai tangan saja menangkapnya. Hebat kau budak.


Tengok hasil yang dia dapat, macam macam jenis ikan.


Antara hasil yang budak budak dapat. Nanti yang ni mereka akan jual kepada pelancong.


Pemandangan petang yang indah permai. Lihat bot bot keluarga bajau laut dan suluk ni. Hidup mereka sekeluarga cuma di atas perahu itu saja. Kerja menangkap ikan dan menjualnya untuk membeli keperluan keluarga. Malah saya difahamkan golongan wanita yang mengandung akan melahirkan anak di dalam air. Patut pun anak anak mereka semua tahan nafas bila menyelam.


Mereka mendapatkan bekalan air bersih dari Pulau Mabul


Kanak kanak riang bermain perahu. Ini saja aktiviti yang mereka ada selain menyelam ikan.


Lihatlah kehidupan mereka. Mungkin setiap hari tiada beza bagi golongan ini.


Senja sudah mula berlabuh.

Makan malam turut disediakan secara bufet. Kalau nak buat aktiviti memanggang pun boleh. Beli saja ikan segar dari mana mana penjual ikan yang lalu lalang. Selesai makan kami duduk duduk di beranda. Ada juga para diver yang melakukan aktiviti diving malam.


Menyuluh hidupan malam di dalam air sambil minum minum teh.


Ketam nak naik tangga.

Hari ke -2,  seawal jam 7 pagi kami dah bangun dan sarapan pagi. Masing masing excited sebab nak ke laut lepas buat aktiviti snorkeling.


Si memew ni memang cukup makan ikan agaknya. Tu la pemalas asyik tido.


Awal pagi budak budak ni dah main kayuh perahu. Mendekati pelancong sambil menghulurkan tangan. Kami memberi keropok dan roti kepada mereka, Melihat perbuatan kami, perahu perahu budak budak yang lain turut mendekati kami dan turut menghulurkan tangan. Makanya, kami pun menberi keropok dan roti buat mereka. Sebenarnya awal awal lagi kami sudah dipesan tuan rumah mengenai hal ini dan kami sudah pun menyediakan bekalan keropok dan roti yang secukupnya buat mereka.


Kebetulan ada sebuah perahu yang menjual hasil laut seperti ketam dan lobster. Seikat RM10.00 sahaja. Apa lagi, beli lah.


Tengok hasil tangkapan kami.. hahahah. Lauk tengahari ni. Kami meminta bantuan dari tukang masak untuk memasak buat kami. Saya dah lupa berapa upah memasaknya.




Masanya sudah tiba untuk kami ke laut. Hari ini kami dibawa ke dua tempat untuk snorkeling iaitu Lobster Wall dan Paradise.

 Lobster wall, dengan keindahan taman lautnya yang sangat sangat mengasyikkan. Penuh warna warni pelbagai jenis hidupan dan tumbuhan laut. Bagaikan berada di dalam taman, dasarnya agak cetek dengan sinaran matahari yang menembusi laut jernih. Sibuk mengejar ikan sampai saya tidak sedar tiba tiba di hadapan saya bertukar menjadi gelap. Agaknya itulah penghujung dasar cetek Mabul. Mesti kawasan yang gelap tu adalah jurang yang dalam. Cepat cepat saya berenang balik, takut takut ada hidupan lain yang bersembunyi di dalam gelap dan menunggu untuk menarik mangsanya. Mana tau sotong kurita kah sekali dia belit kaki saya, nahhh.... ish ish ish.. teruk betul imaginasi saya.

Seterusnya kami berpindah ke belakang pulau, kali ini ke Paradise pula. Di sini agak dalam dengan dasarnya hanya pasir putih tetapi kali ini ikan yang berenang renang semuanya besar besar, macam yang orang selalu pancing tu. Kami pun apa lagi, seronok la kejar mengejar ikan besar.


Happy nya berenang renang macam ikan duyung. Tidak banyak gambar diambil kerana masing masing sibuk nak mengejar ikan. Sempat lagi gelang kaki saya tercicir baik nasib budak budak bot ni menyelam dan menjumpainya di celah celah batu karang. Hebat budak budak ni menyelam tanpa oksigen. Agaknya paru paru mereka tu besar dapat menakung oksigen.


Puas bermain di laut, kami kembali ke darat. Makanan dah menunggu, inilah ketam yang dibeli tadi. Sedapnya.. perut dah berkeroncong ni. Jom melahap.


Aktiviti petang hanya berehat rehat setelah penat berenang renang.



Antara tetamu yang datang menginap di sini. Seronoknya tengok diaorang terjun mandi. Saya dah tak larat lagi dah nak mandi. Semalam dah buat aksi terjun tiruk dari atas. Hari ni dah puas snorkeling, hilang tenaga dah.. Oh ya, ada satu cerita masa saya mandi semalam. Saya perasan yang tandas di sini disalurkan terus ke laut. Jadi kalau kita buang hajat besar, melepop jatuh ke laut. Tapi tak sempat nak terapung sebab ikan ikan kecil dah menunggu. Dan ikan itu membesar dan ditangkap untuk dijual. Sekian cerita saya.. hehehehe


Tengok rupa saya dah merah kalas macam udang. Kena sun burn bah.


Masih berkayuh walaupun dah senja


Sekali lagi, senja berlabuh.


Hari ke-3. Awal pagi dah bangun, nampaknya mereka di laut tu masih tidur agaknya.


Ternyata jangkaan saya mengenai mereka ini masih tidur agak meleset. Memang tajam mata budak budak ni. Pantang nampak orang berlegar legar di beranda, cepat mereka naik perahu dan berkayuh untuk  mendekati. Seperti biasa, keropok dan kuih di beri.


Dah dapat hasil, terus berkayuh ke tempat lain pula


Sekumpulan budak budak sedang menghampiri dengan tujuan yang sama.


Ada sesuatu yang menarik perhatian saya di sini. Dari semalam dah tengok dia ni. Tak pasti samada masker yang di pakainya kah atau dirinya? Tertanya tanya samada dia adalah ibu muda  tapi boleh jadi juga dia adalah kakak kepada anak kecil yang telanjang itu.


Juga mendekati untuk diberikan kuih dan keropok. Perhatian saya terus terarah kepadanya yang sedang mendukung anak kecil.


Lihatlah dia. Melihat kulit wajah yang licin, boleh jadi masker tu memang bagus. Saya pun nak juga, adik,  ada jual tak? Heheh


Snap dulu buat kenangan. Menunggu bot datang untuk kembali ke tanah besar.


Selamat tinggal Pulau Mabul. Masanya untuk berangkat pulang.


Para pekerja sedang memunggah barang ke dalam bot. 


Perjalanan balik ke Semporna. Di sana kami dikerumuni oleh orang orang yang memberi servis mengangkat beg. Saya tak ambil sebab bukannya jauh pun nak jalan kaki.


Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, singgah sebentar di Kunak membeli belah.

Secara keseluruhannya, kami mengambil Pakej 3 hari 2 malam untuk 5 orang. Pakej bermula di Semporna.Berbaloilah tapi kalau boleh nak berlama lama di Pulau Mabul cuma ongkosnya tak cukup... hehehehe...