Translate

Ahad, Disember 4

Baru sekarang nak post - terkayo kayo di Bandung (2011 punya story)

 Dah beberapa tahun berlalu barulah ada kesempatan berkongsi pengalaman melancong ke negara orang. Blog ni pun rasanya dah banyak cucu cicit labah labah. Malah password untuk sign in blog pun saya hampir terlupa. Baik nasib dapat di log in. Kalau tak dapat login, ucapkan selamat tinggal saja dan buat blog baru aje lah.

Ok, berbalik kepada cerita melancong , kali ini saya nak ceritakan pengalaman ke Bandung, Indonesia bersama dua orang sahabat yang juga merupakan rakan satu sekolah dulu dulu. Sebenarnya rancangan melancong ini menjadi kenyataan bila kami mendapat tiket murah yang betul betul murah. Itu pun sesaja memain beli setahun lebih awal. Kot kot tak jadi pergi pun tak terlalu rugi juga. Bayangkan, tiket saya dari Bintulu ke KL cuma RM20.00 pergi dan balik. Manakala tiket dari KL ke Bandung pula dalam  RM180.00 gitu, jadi perbelanjaan tiket belon cuma dalam RM200 lebih saja. Murah kan..... Nah, mana nak cari tiket semurah itu. Tapi tak termasuk tambang luggage balik ya, Tu saya beli berasingan kalau tak silap last minit punya beli. Ala, tak la mahal sangat, ada la dalam RM50 gitu.


Ok, cakap banyak tak guna. Kali ini biarlah gambar yang berbicara memandangkan banyak yang saya dah lupa.. heheheh...


Kita mulakan dengan gambar hari pertama menjejak kaki ke bumi Indonesia. DAY 1 started....



DAY 1 - Selamat datang ke Bandung. Jam sudah pukul 8.00 pagi dan suhu sejuk menyambut ketibaan saya yang baru pertama kali menjejak kaki ke sini.


Di sini lapangan terbang Bandung berkongsi landasan dengan Pangkalan Tentera Udara. Sebela menyebelah saja bangunannya.

Sarapan pagi . Perut dah berkeroncong kerana awal pagi dari KL tak makan apa apa. Jangan tanya saya apa namanya yang saya tahu makan saja...heheh


Tak cukup dengan kuih, kita tambah lagi makan nasi untuk menambah tenaga agar dapat ngelayor lepas ni. Sup dia, marveles!!!


Replika keretapi, sayang tiada kesempatan nak naik kerana penuh tambahan pula cuti sekolah telah bermula di Indonesia.


Pasar Baru. Syurga beli belah wajib dikunjungi. Tawar menawar sampai lingkup.


Muzium yang tak sempat dikunjungi. Ambil gambar pun jadilah.


Di sini hotelnya banyak pilihan sesuai dengan bajet.


Hanya sempat mengambil gambar dari dalam kereta.


Pak beca menunggu penumpang yang sudi menggunakan perkhidmatannya.


Majoriti pengguna jalanraya adalah pengguna motosikal. Di sini tiada istilah merempit ya sebab tahap kesesakan yang amat tinggi. Sabar jak lah nunggu dalam keta.


Bersama Pak Tatang, pemandu teksi Vios kami. Berenti sekejap di siring jalan.


Aktiviti yang paling digemari, makan, Di sini tiada istilah nasi campur ya. Dan satu lagi, dibenarkan ke tandas sebelum makan kerana.... tandasnya sangat sangat bershi dan harum mewangi.


Nasi dan otak otak


Nasi dibalut dengan daun pisang bersama menu pilihan seperti ikan pais, ikan bakar, ikan goreng, ayam goreng, tempe..... sedapppp



Yummy... memang sedap terutama ikan gurumi bakar (sepat) bersama pepes oncong (tempe yang dimasak dalam daun). Kegemaran saya ni.


Hotel pilihan kami, Serena Hotel. Kalau tak silap ratenya dalam IDR498.000(+- RM150.00) dengan extra bed. Memang selesa dan sangat disyorkan. Kenapa harus ada extra bed? Kerana kami ini amoi bertiga. Share bilik jimatlah belanja.


Makan es durian, IDR8.000. Enak hingga nak lagi.


Budak budak bermain bola di hadapan hotel pada petang yang aman. Saya hanya mampu memandang dari tingkap saja sebab ke dua amoi ngecas energi. zzzz


Gambar yang di ambil dari tingkap hotel.


Sayup sayup di sana kawasan pergunungan. Kalau tak silap itu Gunung Tangkuban Perahu. Kalau silap harap di maafin.


Lagi panorama dari tingkap hotel. Sepetang kami hanya berehat di dalam hotel.


Menara masjid juga kelihatan dari sini. Sayup sayup azan berkumandang.


Malamnya kami merayau rayau di kawasan terdekat mencari makan. Ini kali ada jagung bakar cheese, jagung bakar special (bersambal) dan pisang bakar. Adoiii... sedapnya hingga menjilat jari.


Jom makan lagi soto... sodap ni. Sempat juga kami mencari pengalaman dengan menumpang ojek, macam teksi motosikal lah. Kami meronda ronda di bandar. Kalau tak silap murah saja dalam IDR30.000 kalau tak silap. Tak sempat nak ambil gambar kerana masing masing kecut perut bila pak ojek mencilok antara kereta. Dalam hati ada rasa takut pula mana tau kena kidnap. sebab tu awal awal dah pesan dengan pak ojek supaya jarak pemanduan antara kami sekawan tidak terlalu jauh.

DAY 2 - Masa untuk keluar dari kota Bandung. Seawal jam 7.00 pagi saya dah terbangun kerana tak sabar nak menjelajah negara orang. Suasana berkabus dan agak sejuk. Baik nasib semalam sempat membeli beberapa helai baju tebal semasa berpeleseran bersama pak ojek. Apatah lagi saya ni spesis cepat sejuk punya orang. Pagi ini kami akan check out dari Hotel Serena kerana hendak mencuba pengalaman di hotel yang lain pula. Dan oh ya, hari ini kami akan menjelajah ke kawasan utara Bandung di mana terdapat satu kawasan yang wajib dikunjungi iaitu Gunung Tangkuban Perahu.

Baju tebal Hello Kitty sangat selesa dipakai walapun saya bukanlah peminat tegar Hello Kitty. Bergambar kenangan bersama sang Gajah. Dan sedikit catatan, kebanyakan orang orang di Bandung ni berkulit cerah. Cewek dan cowoknya majoriti memiliki wajah yang boleh tahan. Contohnya penyambut tetamu kami.. ehem..


Bergambar kenangan di luar hotel. Masa check in tak sempat nak ambil gambar. Dah check out baru gago nak snap sana sini. Lepas ni baru merayau rayau cari transport. Kami menggunakan khidmat Pak Jajang selepas puas bertanya sana sini mencari harga murah. Pak Jajang menawarkan bayaran sebanya IDR350.000 sehari berbanding pemandu lain yang rata rata meminta bayaran IDR400.000. Makanya kami menggunakan khidmatnya selama 2 hari untuk keluar kota.


Mercu tanda Serena Hotel


Serena Hotel, Bandung.


Antara hiasan yang terdapat di Serena Hotel.


Pengangkutan awam 


DAGO, syurga beli belah. 


Lagi tempat bershopping


Hati hati di jalan raya


Ingat lagu Tenda Biru? Yang ada menyebut " Janur Kuning" itu tandanya ada orang kawin.


Angkutan kota. Lambai saja dan van akan berhenti mengambil penumpang biarpun van berada di lorong tengah. Kadang kala siap ada penghibur lagi yang akan menyusup masuk sambil bermain gitar. Habis main terus hulur tangan minta upah dari penumpang. Kami dah cuba menumpang angkutan kota ini berkat tunjuk ajar Pak Jajang. Tanda belang bewarna pada badan van menunjukkan destinasi tujuan. Bayaran pun murah dalam puluhan ribu saja.


Replika buluh menandakan betapa polularnya penggunaan buluh di sini . Malah sesetengah rumah masih diperbuat daripada buluh.


Hasil kraftangan tempatan. Colorful gitu. 


Tiba ke destinasi. Taman Wisata alam Gunung Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Jarak dalam 20km ke arah utara Bandung, dengan rimbunan pepohon pine dan hamparan kebun teh disekitarnya. Ketinggiannya adalah setinggi 2,084 meter dan termasuk dalam gunung berapi aktif yang telah meletus beberapa kali dan menghasilkan 10 kawah iaitu Kawah Raty, Kawah Upas, Kawah Baru, Kawah Lanang, Kawan Ecoma, Kawah Jurig, Kawah Siluman, Kawah Domas, Kawah Jarian san Pangguyangan Badak. Bentuk gunung ini adalah Stratovulcanodengan pusat letusan yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakannya adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, mineral yang dikeluarkan jika tidak aktif adalah wap belerang. Suhu rata ratanya adalah sekitar 17 darjah Celsius pada siang hari dan 2 darjah Celsius pada malamnya.

Gunung Tangkuban Perahu mempunya kawasan hutan Dipterokarp bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Tangkuban Perahu ni ada lagendanya yang tersendiri. Kejap kita sambung lagi cerita ok.


Pemandangan yang menyambut ketibaan kami. Meriah sungguh warnanya.


Jualan topeng pelbagai rupa. Kami awal awal lagi diberi peringatan oleh pemandu kami supaya hanya bertanya harga apabila betul betul mahu membeli. Ini kerana bila kita bertanyakan harga kepada si penjual tetapi tidak membeli penjual itu akan marah dan mungkin akan mengejar dan memaksa kita untuk membeli. lagipun harga di kawasan wisata ini agak mahal berbanding di kawasan bandar.


Nak tunggang kuda pun boleh tapi saya tak pasti berapa bayarannya.


Ini bukti nyata saya sudah menjejakkan kaki ke Gunung Tangkuban Perahu yang sangan fofular itu. Nak ambil gambar kat sini pun kena sabar kalau nak view yang cantik sebab terlalu ramai pelancong nak ambil di tempat yang sama. Sedikit lagenda mengenai Tangkuban Perahu ini yang dipetik dari wikipedia. Asal usulnya dikaitkan dengan lagenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya sendiri iaitu Dayang Sumbi atau Rarasati. Untuk menggagalkan niat anaknya untuk menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat sebuah telaga dan sebuah perahu dalam masa satu malam. Apabila usaha Sangkuriang gagal, beliau sangat marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Perahu.


Inilah Kawah Ratu atau "Queen Crater".  Kawah Ratu adalah kawah yang terbesar dari 10 kawah yang ada di Tangkuban Perahu.


Tak dapat nak berfoto di atas sebab banyak pelancong, so kita snap di sini saja lah.


Mesti nak makan saja. Suhu sejuk sangat enak makan jagung bakar panas panas.


Suasana di tapak jualan. Kami tak beli apa apa di sini kecuali makanan. Lagipun apa yang ada di sini juga mudah didapati di kota.



Lihatlah betapa cantik dan kreatifnya. Wahai penggemar bunga ke sini lah kamu...heeee



Snap snap di sini


Seterusnya saya sendirian ke Kawah Domas. Amoi yang berdua tak mau ikut kerana dah tak sanggup nak berjalan kaki lagi kerana untuk ke Kawah Domas kena rajin trekking di lorong sejauh 1.2km. Memandangkan saya tak da orang nak teman, maka saya menggunakan khidmat pemandu pelancong tempatan yang memang ramai melepak menunggu pelanggan di pintu masuk. Kalau jalan sorang nanti sesat pulak.Ada juga teman berbual nanti.Lagipun bayaran tak mahal sangat walaupun dibayar per jam. Perkhidmatan motosikal juga disediakan tetapi saya lebih selesa berjalan. Di sepanjang jalan terdapat penanda gunung berapi yang sentiasa memantau pergerakan gunung.

Kawah Domas ini mengeluarkan sumber air panas yang mana kalau kita rebus telur tak sampai 10 minit telur dah masak. Malah lumpur belerangnya sangat bagus digunakan sebagai masker dan lulur kerana kandungan belerangnya yang dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.


Ini halia hutan. Saya pun baru first time tengok juga.


Penat jalan 25 minit tapi demi nak berfoto biar lah tersengih manis.. hahaha


Pemandu pelancong memberikan saya rokok untuk dicuba. Epppp... saya bukan merokok tapi nak mengasap. Maksudnya saya meniup puntung rokok yang berapi ke arah gas yang keluar dari celah batu itu. Hasilnya asap yang terbentuk. Dah la bau kentut gas tu.. huhuhu


Sesi bermain dengan wap yang panas. Tak dapat nak main lama lama, terlampau panas dan berbau. Memang kuat baunya tapi masih boleh bernafas lah.


Pandai cari port lepak dekat dengan amoi arab.


Sesi urutan kaki bermula. Inilah pemandu pelancong saya yang sangat sangat peramah dan sporting. Awal awal saya tanya kalau urutan ini ada extra charges, dia kata free aje. 


Dah siap. Tunggu lumpur kering barulah boleh dibasuh di dalam air panas. Lumpurnya lembut saja. Harapla kaki saya pun lembut bak lumpur ni juga.


Lepas berlumpur, kita rendam kaki pula kat air panas. Alangkah bestnya kalau saya dapat berkubang macam pak arab di sebelah tu. Sayang tak bawa baju extra tadi. Di sini terdapat banyak kolam air panas asli. Yang paling panas akan dipagar dan tidak dibenarkan masuk atas sebab keselamatan. Nak masuk juga? Nanti dengan kau kau sekali jadi soto bakso.


Tengok abang arab tu siap mandi lumpur. Nak abgi kulit mulus agaknya. Di kawasan kolam yang dibenarkan masuk kebanyakan airnya adalah sedang sedang panas atau suam saja.



Puas bermain lumpur dan air panas, saya jelajah dulu sekitar Kawah Domas. Yang agak kekuningan ini namanya belerang. Cantik tetapi panas boleh lukus tau. Sangan banya terdapat di celah celah batu dengan pelbagai bentuk menarik seakan kristal. Inilah yang buat bau kentut tu.


Tak dapat nak berlama lama di Kawah Domas kerana saya cuma membayar untuk 2 jam, lagipun kesian kat amoi2 yang menunggu dala, kereta bersama pak supir. Dalam perjalanan keluar sempat ambil gambar batang pokok berukiran batik ni, Ingatkan diukir manusia rupa rupanya ukiran semulajadi.



Inilah pokok yang ada ukiran batik. Sungguh hebat ciptaan Tuhan.


Amoi dah boring menunggu bersama pak supir. Kita snap satu gambar dulu sebelum ke destinasi seterusnya.


Destinasi seterusnya, Sari Ater Hot Spring Resort. Tujuan hanya satu iaitu mahu berendam di dalam air panasnya. Kat kawah domas tak dapat berendam sebab tak ada baju. Kat sini ada kemudahan seperti tuala disediakan.


Di mana mana saja memang bertembung dengan pelancong arab. Malah papan tanda juga ditulis dalam bahasa arab.


Kamar rendam air panas. Ni bukan air panas yang di masak ya tapi air panas original dari perut bumi. Bau balerangnya pun masih agak kuat. Tak sabar nak berendam menghilangkan lenguh lenguh lepas puas berjalan.


Sedikit peringatan di tampal di kamar. Air panas mengandungi kalsium, magnesium, chloride, sulfat, thermo, mineral serta hypertherma dengan kadar aluminium yang tinggi iaitu 38.5 equiv %, juga dengan kadar keasamannya yang tinggi iaitu 2.45ph. Air panas ini dapat mengubati penyakit kulit, juga berkhasiat untuk terapi penyembuhan rematik, gangguan saraf dan tulang serta kelumpuhan yang diakibatkan oleh penyakit darah tinggi atau strok.


Di sini terdapat pilihan nak mandi di dalam kolam boleh, nak mandi berdua pun boleh, nak mandi sesorang pun boleh. Bilik yang terbuka pintunya itu ialah kamar rendam saya. Yang nomor 4 tu amoi yang berdua manakala yang disebelah kiri tu jiran yang tak dikenali dari negara arab.


Luas tempatnya tapi tiada kesempatan nak jelajah sebab dah lewat dan kami pun kepenatan. Banyak juga fasilitinya seperti kolam air panas, kamar air panas private, kolam dan air terjun, basikal air, water boom, area piknik dan camping, kolam pancing, panggung hiburan, tempat menunggang kuda, tempat sukan seperti outbond, ATV, paint balls, wall climbing dan banyak lagi. Malah terdapat kawasan untuk memetik strawberi dan ladang teh.


Dalam perjalanan balik, kami singgah di gerai tepi jalan. Sempat saya melihat pemandangan yang gelap di belakang gerai tetapi dalam gelap terdapat banyak benda seperti batu berwarna putih merata rata. Rupa rupanya itu adalah perumahan kekal abadi (Kuburan)


Menu cari yang sedap saja.


Ada sate kelinci (rabbit) ayam dan kambing


Di sini air teh manisnya berbeza dengan di Malaysia, rasanya seakan akan green tea tapi lebih enak. Yang satu lagi teh bandrek susu (halia)


Mee segera yang femos, IndoMie bersama sos ABC. 
Malam ini kami akan menginap di Hotel Unik. Nama saja Unik tapi biasa biasa aja. Kami juga meminta pihak hotel untuk memanggil tukang urut kerana ada servis urutan ke bilik disediakan. Bayaran pun cuma IDR100.00 untuk urutan seluruh badan. Hilang sikit lenguh badan.

DAY 3 - Seperti biasa mata dah celik awal pagi akibat tak sabar nak ngelayor ke tempat seterusnya. Hari ini kita jalan jalan melintasi kawasan Pasar Baru sambil tengok kiri kanan dan seterusnya bergerak ke arah selatan menuju ke Kawah Putih. Kawah Putih adalah tempat wisata yang berlokasi di Ciwidey, Jawa Barat, kurang lebih sekitar 50km arah selatan Kota Bandung. Kawah putih adalah danau yang terbentuk akibat dari letusan Gunung Patuha. Sesuai dengan namanya, tanah yang ada di kawasan ini bewarna putih akibat dari percampuran unsur belerang. Selain tanahnya yang berwarna putih, airnya juga mempunyai warna putih kehijauan dan dapat berubah warna mengikut kadar belerang yang terkandung, suh dan cuaca semasa.


Lihatlah ruang kaki limanya sangat penuh dan sesak.


Segenap ruang dimanfaatkan untuk meletak barang jualan.


Beca yang penuh warna warni sedang menanti pelanggannya.


Buah buahan segar yang mengiurkan.


Kuda pun ada. Sangan sesuai digunakan dikala jalan macet. Bukan setakat boleh cilok, dia lompat terus..

 Di mana masa saja akan nampak sawah padi. Maklum la kawasan suburrr...


Masjid Husnul Khotimah



Masjid besar Ciwidey, Bandung Selatan



Kawah Putih Ciwidey berada di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian lebih dari 2400 meter di atas permukaan laut. Dengan ketinggian tersebut, suhu udara di kawasan sekitarnya kadang kala menjadi dingin dengan suhu 8 darjah Celsius sampai ke 22 darjah Celsius, jadi jangan lupa membawa jaket atau memakai pakaian yang tebal bagi orang yang penyejuk seperti saya dan juga bawa mask muka (alamak, saya pula yang lupa bawa)


Kedatangan kami ke Wisata Kawah Putih disambut dengan pemandangan gerai gerai yang menjual produk berasaskan stawberi daripada buah yang segar sampailah menjadi keropok.


Stroberi bandung yang ranum dan segar. Manis dan menggoda.


Makanlah sepuas puasnya sampai cirit birit.. kahkahkah


Buah Peppino. Pertama kali juga menengoknya. Pepino (Solanum muricatum Aiton) adalah buah yang sama famili dengan keluarga terung. Di Indonesia, buah ini pertama kali didatangkan pada masa penjajahan Belanda. Pepino dapat tumbuh subur dan berkembang dengan baik di dataran tinggi seperti kawasan puncak.


Penerangan mengenai buah Peppino yang juga digelar Super Fruit. Rupanya banyak kahsiat buah yang mempunyai kadar anti oksidan dan beta karotin yang tinggi. Ia dikatakan boleh mencegah kanser, menyihatkan jantung, baik untuk kesihatan hati dan banyak lagi. Ia kaya dengan vitamin dan zat besi serta pelbagai nutrisi dan juga mampu memberi energi kepada tubuh.


Gerai Mie Bakso ada di mana mana. Tapi kedai sebelah tu ada sesuatu yang menarik minat saya. Jeng.. jeng.. jeng...


Singgah dulu di sini, isi perut bagi tenaga untuk ngelayor..


Nah kau! Bebola giant.




Teh botol yang sedap. Untuk makluman sepanjang saya berada di sini saya hanya membeli air yang dijual di dalam botol atau tin atau membeli air panas kerana saya difahamkan jika kita membeli air sejuk peng kata orang sarawak, dikhuatiri air tersebut tidak dimasak. Maka risaulah dengan kualiti air di sini.


Perjalanan menuju ke pusat kawah dengan menaiki van yang berbumbung tanpa dinding. Saya lupa berapa bayaran masuknya.


Lihatlah pesanan penaja.


Saya di sini. Jom kita kayo kayo..


Lihatlah betapa ramainya pengunjung di wisata ini. Terlupa nak pakai mask pulak.


Kabus sulfur yang tebal. Bagi yang mudah sesak nafas hati hati ya. Terasa hangatnya udara semasa menarik nafas.


Pose istimewa di kawah putih yang membentuk kolam yang berasid.  Bumi tuhan ini memang cukup indah ..... termasuk makhluknya juga ......


 Sayup sayup diseberang sana. Nampaknya kabus sulfur sudah mulai menipis.


Ini lumpur gunung berapi, nak dijadikan cerita, ada la sorang amoi tu siap melombong lumpur untuk dibawa balik. Tak pasal2 begku menjadi mangsa penyeludupan lumpur, emo la sekejap bila beg menjadi kotor.


Batu gunung berapi (lava).. boleh di bawa pulang kalau sudi. Nak main batu seremban pun boleh. Nak buat jadi popo amoi pun lagi baik.. hehe


Keindahannya terserlah sudah dengan airnya yang menghijau.


Tak tau apanama gua ni. Mungkin ada gas sebab tu tak boleh lama lama berdiri si situ. Atau ada dragon yang suka ngepus api... huss...husss...husssssss


Lagi pose istimewa bersama pepohon yang slim2, macam saya juga


Leka bermain dengan batu.


Cerita mengenai Kawah putih. Sila baca sendiri, malas nak menaip.


Penanda ke apa ni. Tertulis Gunung Patuha.


Peta besar. Kalau sesat google saja.


Kita da pijak tempat ni siap lompat lompat lagi.


Hujan dah turun. Rupanya van ini menggunakan plastik sebagai dinding untuk mengelak penumpang dari basah.


Dalam perjalanan pulang melihat orang mencuci kenderaan mereka,


Abang baso tahu.


Inilah bilik kami di Hotel Unik. Nampak tak 3 tapak kaki raksasa tu? Kami beli kat gerai di kawah putih. Saya punya yang kaler grey!


Bergambar kenang kenangan bersama Pak Jajang yang menjadi supir kami selama 2 hari. Baik orangnya siap bagi tips dan nasihat lagi.


Batu yang saya kutip semasa di Kawah Putih. Buat sovenir konon.

DAY 4 - Hari ni hari shopping sedunia terutama buat 2 orang amoi itu. Gambar semasa shopping tak sempat nak ambil, maklum la bila dah terjebak dalam sesi tawar menawar, kamera pun masuk beg. Gambar makanan je sempat di ambil.



DAY 5 - Dengan rasa malas bersiap siap untuk ke airport. Masanya telah tiba untuk pulang ke tanah tumpah darah.


Awal pagi masih lengang. Nah ambik kau gambar kuda. Hari ini Pak Jajang menawarkan diri menghantar kami ke airport Bandung. Katanya dia akan menjemput orang dari Arab yang akan tiba menggunakan khidmatnya.


Jalan belum macet lagi


Sepanjang berada di sini saya menggunakan atm BNI untuk mengeluarkan wang jadi tak perlu la pergi ke money changer. Ini untuk pemegang akaun Maybank ya. Nak tahu rasanya di setiap satu kilometer akan ada pondok atm ni. Mentang mentang la tujuan asal pelancong datang ke sini adalah untuk shopping.


Tiba sudah di airport


Sementar menunggu pemeriksaan imigrasi. Bayaran tax ke atas barang yang dibawa sebanyak IDR75000 dikenakan.


Saya menggunakan Air Asia untuk kembali ke Malaysia. Selamat tinggal Bandung. Bye


Tiba di KL, saya bermalam di Allson Kelana, Nilai. Mahal biliknya tapi apa boleh buat pilihan si amoi. Terasa panas membahang kerana saya masih berbaju tebal. Dan saya terpaksa ke farmasi untuk mengambil ubat kerana diserang cirit birit akibat mengambil makanan sebarangan di gerai gerai tepi jalan tanpa melihat aspek kebersihan semasa di Bandung.

Secara keseluruhannya, semua kos termsuk tiket belon,penginapan dan shopping adalaha dalam anggaran RM1500 telah dibelanjakan. kira ok lah tu. So, cerita saya habis di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan