Translate

Jumaat, Disember 6

DURIAN CREPE

Kali ini nak kongsikan pengalaman pertama membuat durian crepe. Al maklum lah sekarang ni musim durian. Sana sini semerbak dengan haruman durian dan pelbagai saiz durian. Harga pun ada yang semurah RM10.00 setompok. Ada juga sampai RM30 sebiji...... 

Pendek cerita mari kita mulakan cara cara membuat durian crepe kegemaran ramai....

Bahan bahannya adalah seperti di bawah :


Kalau ikut resepi memang semua bahan kena ada sukatannya tapi saya ni jenis yang agak malas nak menimbang jadi semua bahan main agak agak aje. Nak letak pewarna pun boleh juga tapi saya tak letak apa apa pewarna.

Tepung gandum - 3 sudu makan
Tepung ubi kay - 1 sudu makan 
Gula Halus - 2 sudu makan
Susu Dutch Lady - 1 gelas sedang sedang
Farm cow - 1/2 buku
Whipping Cream - sekotak kecil
Telur - sebiji

ok. beralih kepada cara membuatnya :

1. Campur semua jenis tepung & gula. Kacau rata.

2. Masukkan susu

3. Masukkan telur

Kacau hingga sebati semua bahan. dalam masa tu kita cairkan butter.

4. Masukkan butter ke dalam adunan. Gaul sampai sebati. Sebab adunan mempunyai susu, jadi agak lambat untuk membuatkan butter cair itu sebati dengan adunan.

5. Bila dah sebati, tapis adunan. 

Adunan yang siap di tapis 

Sekarang masa untuk memasaknya. Dengan menggunakan senduk bulat besar, ambil satu senduk dan lenggangkan di dalam kuali @ pan . Paling bagus gunakan non stick pan. Oleh kerana di rumah tiada non stick pan, maka saya cuma gunakan kuali biasa. Jadi kena kikis sedikit la di tepi tepinya.





Ni hasilnya. tak berapa menjadi. penyek sana sini.

Lengganglah seberapa banyak yang larat. Jangan bimbang, adunan yang dah di masak takkan melekat antara satu sama lain.

Ok. Sekarang kita sediakan intinya pula. Yang paling penting... DURIAN.....

Terpulang nak pakai berapa ulas. Oleh keran durian saya jenis yang comel, maka saya gunakan dalam 10-15 ulas.

6. Whipping cream dicampur dengan gula dan dipukul hingga kental. Dalam kes saya ni tak berapa menjadi whipping cream nya tapi boleh lah diterima.

7. Whipping cream yang dah kental dicampur durian. Gaul rata.

Ok. Intinya dah siap. Sekarang sessi penggulungan.... hehehe

8. Letakkan intinya ditengh tengah seperti ini.

9. Lipat lah dari kiri ke kanan ke.. kanan ke kiri ka.... ikut suka lah...

Dan menjadi segi empat.

Tadaaa.... dah siap.

Lain kali saya akan buat yang lebih cantik lebih molek dari yang ini. Tak kisah lah, janji rasanya...yummy...

Anda boleh pelbagaikan perasanya. Tak semestinya durian aja. boleh juga gunakan cempedak ke, pisang ke... untuk sesiapa yang anti durian.....

Selamat mencuba dengan jayanya......

Khamis, April 18

Sepetang di Kebun berbunga Lalang

Sekarang ni jarang orang orang muda dan separa muda mahu ke kebun. Yang tau nya cuma berkebun di Farmville aje. Tak berpeluh katanya.... Tak apa lah, janji bahagia dan tak stress. Tapi kalau berkebun yang betul betul pijak tanah punya, memang best apatah lagi bila masanya menuai hasil (Padahal masa bertanam tu, bak kata orang iban semadi nadai jak...heheheh) Pendek cerita tengok lah hasil nya di bawah ini ::::::>>>


Kebun yang dah berbulan bulan tak dijenguk akibat ketagihan terhadap Game Farmville yang teramat sangat la hebatnya......

Ok la tu, pokok kelapak memang dapat survive....

Kolam yang tak de rupa  lagi, dah jadi tempat pembiakan lalang dan yang sama spesis dengannya.


Orang ini sedang menuai hasil dari titik peluh orang lain....hehehehe

Baik nasib tak kena ambil oleh sang kera...



Operasi mencari dan menyelamat hasil bumi untuk kepentingan diri sendiri..

Hasil yang diperolehi dibawa pulang



Buah terap atau lumuk, sedap ni!


Jom makan....

Sama tak? sama tak?

 Buah limau kasturi, untuk dijual di tamu nanti...


Pokok limau kasturi yang tunggal ini walau tak terjaga dan tak cukup baja namun mampu mendatangkan buah sehingga 8kg. Bayangkan kalau terjaga, boleh kaya di buatnya ni....


Berbudi kepada tanah, hasilnya perut kenyang dan lumayan berbanding berbudi kepada Farmville..... :)

Rabu, April 17

Baru sekarang nak post - Oktober 2011 - Terkayo kayo Edisi Labuan & Sabah

Setiap tahun, Sabah merupakan destinasi wajib tuju (kampung bah itu). Kali ini, walaupun baru beberapa minggu balik dari berkursus di Negeri Di Bawah Bayu itu, kini aku kembali lagi, kali ini untuk bercuti sepenuhnya. Bermula dari 27hb Oktober sehingga 31hb Oktober 2011, aku pergi dengan penuh harapan agar percutianku ini akan terisi sepenuhnya dan berjalan dengan lancar. Gambar menjadi bukti percutianku yang penuh warna warni. Terima kasih kepada sahabat baru yang dikenaliku masa dikursus INTAN, Puan Halifah atau lebih senang dipanggil Diana & keluarga atas percutian keluarga yang menyeronokkan. Lain tahun kita arrange lagi ok......

27hb Oktober 2011

Perjalanan pertama dengan menaiki bas dari Bintulu ke Miri jam 1.00 petang. Kemudian dari Miri ke Labuan dengan menggunakan pesawat Maswing jam 6.00 petang.

 Hiasan sempena Deepavali di Lapangan Terbang Labuan. Ketibaan saya di sini disambut oleh kawan dari Brunei yang sememangnya menanti ketibaan saya di Labuan.

Destinasi pertama yang saya kunjungi dengan menggunakan teksi ialah ke Kolej Matrikulasi Labuan untuk berjumpa dengan adik adik yang belajar di sana. Sempat memberi kek lapis Sarawak sebagai buah tangan buat mereka yang jauh dari keluarga tersayang. Malam itu saya bermalam di hotel buget di pusat bandar yanga terkenal dengan barangan bebas cukai. Sempat juga ke kelab malam untuk melihat "live band" yang memang terkenal di sana.


28hb Oktober 2011

Seawal jam 7 pagi saya sudah bangun untuk mempersiapkan diri berjalan jalan di sekitar bandar. Kebanyakan premis perniagaan bermula seawal jam 9 pagi, maka saya tiada kesempatan untuk membeli belah kerana harus ke Lapangan terbang untuk penerbangan seterusnya. Di terminal Feri Antarabangsa Labuan, saya hanya sempat membeli coklat & minyak wangi yang harganya sangat sangat murah!



Suasana pagi yang lengang memang amat selesa untuk berjalan jalan. Tengoklah burung merpati yang agak jinak sedang mencari makan. Pasti mereka juga merasa selesa bergerak dengan bebas kerana tidak ramai manusia di sekitarnya.

 Dalam perjalanan ke lapangan terbang, sempat juga saya meminta pemandu teksi untuk singgah di Tugu peringatan Perang Dunia ke 2. Saya mengambil peluang untuk bersiar siar sebentar dalam masa yang singkat, kira kira 1/2 jam. Saujana mata memandang melihat perkuburan yang sunyi sepi namun ia mampu menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang ke Labuan.


Antara nama nama pejuang yang disemadikan di sini.Di sini terdapat lebih kurang 4000 batu nisan para askar British,Australia & India yg terbunuh pada Perang Dunia Kedua.

 Rasa rasanya majoriti para pejuang ini adalah beragama kristian. RIP to all of you!

 Tulis nama dalam buku. Bukan booking tempat tau! Cuma nak buktikan yang saya sudah berada di sini.

 Biarpun jasad sudah ditelan bumi, namun penghormatan tetap diberikan.

Saya di sini!!!


Selamat tinggal Labuan, panjang umur kita jumpa lagi. Maka dengan itu saya pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya, ke Kota Kinabalu. Seperti biasa, Maswing adalah pilihan saya. ( Kalau tahu mahal beli tiket kat sini, bagus saya beli online, lagi murah......) Terima kasih kepada terutama kepada kawan dari Brunei  "S" (bukan nama sebenar) yang menyambut ketibaan saya di sini dan menemani saya sepanjang sehari semalam saya berada di Labuan. Yang penting, terima kasih kerana menaja separuh daripada percutian saya di Pulau Labuan ini. Nampaknya banyak lagi tempat menarik di Labuan yang tak sempat saya lawati, lain kali taja lah lagi.... :)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), saya disambut penuh mesra oleh Diana. Kami bersiar siar seketika di pusat bandar sebelum kembali ke Lapangan Terbang Terminal 2 Air Asia untuk menjemput dua orang lagi teman iaitu "J" & "F" yang akan menyertai percutian ini. Sempat juga kami ke 1Borneo untuk mengambil angin aircond kerana cuaca di KK amat panas pada ketika itu.

Setelah selesai urusan di KK, kami meneruskan perjalanan ke Kota Marudu iaitu tempat di mana Diana dan keluarga tinggal. Kami mengambil hotel di pekan berdekatan untuk bermalam. Pada sebelah malamnya keluarga Diana membawa saya ke rumahnya untuk berkenal kenalan dengan anak anak beliau serta bersiar siar di kawasann berdekatan. Sempat juga kami melepak di Restoran Seafood yang saya dah lupa namanya, namun makanannya memang sedap. Agak lewat juga saya masuk tidur pada malam tersebut namun keletihan tidak terasa kerana semangat explorer membara di dada...heheheh


29hb Oktober 2011

Bangun pagi agak lewat, dalam jam 8 pagi. Namun tidak perlu tergesa gesa, namanya dah percutian maksudnya buatlah dengan penuh lenggang kangkung dan santai. Pagi saya cuba mencari tempat untuk sarapan pagi, sungguh malang kedai kedai di sini belum buka. Lalu kedai minyak yang berdekatan menjadi sasaran untuk membeli roti dan air bagi memenuhi menu sarapan pagi kami.

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta kepunyaan Diana. Nasib baik cukup muat untuk kami bertiga termasuk keluarga Diana yang seramai 6 orang itu. Kami singgah di kedai kedai di tepi jalan Kota Marudu yang banyak menjual pelbagai jenis keropok. Sana sini bergantungan seolah olah melambai lambai memanggil kami untuk menikmatinya.

Setelah membeli apa yang patut untuk bekalan, kami meneruskan perjalanan. Sempat juga singgah di Kota Belud untuk mencuci mata.


Bersama Diana dan anak anaknya yang cukup menghiburkan.

Dalam perjalanan, saya sempat menghubungi teman lama yang memang sudah agak lama tidak berjumpa. Kami singgah di sebuah pekan berdekatan dengan sekolah Narinang untuk berjumpa Sylvia. Pertemuan kami, walaupun cuma sekejap namun amat bermakna. Sempat saya berikan Kek Lapis sebagai buah tangan kepadanya. Tak apa, lain kali saya datang, saya akan singgah lagi bertemu dengannya. Itu janji saya buat Sylvia.

Gelagat anak anak yang menghiburkan. Macam macam lagu diaorang bawa di sepanjang perjalanan...:)

Destinasi sererusnya adalah di Desa Cattle Farm. Nak jenguk lembu tompok tompok kat situ.

 Simple je mercu tanda dia. Spray aje kat batu...
Bunga liar yang menarik mata memandang.
Nah, ini dia si lembu tompok. Kesian kan lembu lembu ni. Diaorg punya susu, manusia yg kaya raya..... :P
 Sang Lembu yang bebas berkeliaran di dalam kandang bertemankan angin & rumput segar. Memang betul2 segar dari ladang!
Sempat bermain kejar kejaran dengan lembu. Bila pulang nanti nak bawa sedikit susu lembu segar yang tersedia di jual di situ.

Lembu sedang di'parking'kan untuk proses mengambil susu nya.
Tempat memproses susu lembu segar
Lepak2 menikmati petang yg dingin & damai....
Mengabadikan kenangan di depan pejabat Desa Cattle..

Puas bermain main di Desa Cattle kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan untuk bermalam pada hari itu iaitu Kinabalu Pine Resort.

Kinabalu Pine Resort yang terletak di atas bukit memang sangat cantik. Selalunya aku cuma melintas tempat ni & cuma mengambil gambar di pintu masuknya. Kali ini, jangan kata kaki, dengan badan sekali dah jejak ke dalam. Wah! Cukup puas hati.

Selepas memilih milih bilik yang berkenan di hati, kami pun mengambil bilik yang mengadap Gunung Kinabalu. Selepas berkemas, kami meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu ke Poring Hot Spring untuk bermandi manda. Perjalanan dari Kundasang tak lah jauh sangat. Oleh kerana kami tiba agak lewat iaitu hampir jam 5 petang, maka masa untuk berlama lama agak terbatas. Sempat juga saya menghubungi seorang kawan yang bekerja di situ untuk berjumpa dengannya.

 Oleh kerana ini bukan kali pertama saya ke Poring, maka perasaan untuk berendam di kolah air panas tu tak seberapa membara. Sebaliknya saya dan Diana mengambil kesempatan untuk jungle trekking bersama kawan tersebut. Sebab dah lewat petang kami cuma ke tempat yang terdekat sahaja. Tak apalah, janji dapat berjalan jalan di canopy walknya.


Peta lokasi disediakan. Nak mandi ke, nak jungle trekking ke, nak melawat taman bunga ke...semua ada.


Tinggalkan tapak kaki sahaja, bukan kasut ya....


Ni dia punca mata airnya. Cukup panas untuk merebus telur. Sapa sapa yang nak kulitnya putih bagai telur dikupas boleh mandi kat sini ya.. compom menjadi 200%...heeee
 Tempat mandi anak anak kecil dan mereka yang rara rasa dirinya tak reti berenang...


Sini lagi best nak berenang kuak lentang ka, kupu kupu ka, penyu ka.. sukahati anda lah...

Saya sebenarnya teringin nak bermain main air kat sini tapi tak dibenarkan. Tengok aje le dari jambatan batu...


Keadaan yang suram semasa mendaki tangga, tu la... sapa suruh jungle trekking waktu petang nak abis....


Kawasan ini sebenarnya telah di tutup kepada orang awam, tetapi memandangkan masa yang ada agak terhad dan canopy walk yang baru agak jauh, maka kami memilih untuk bersiar siar di sini sahaja.


Sempat berposing... Orang gayat di larang meniru aksi ini...hehehehe


Pose kenangan sebelum meninggalkan kawasan hutan yang mulai gelap....


Tempat kami bermalam di Kinabalu Pine Resort. Dialu alukan datang ke sini, cukup puas hati. Tidur pun lena 

30hb Oktober 2011

Seawal jam 6 pagi saya sudah bangun kerana ingin menikmati pemandangan matahari terbit. Betapa indahnya suasana apabila matahari memancarkan cahayanya dan menyerlahkan lagi keindahan gunung kinabalu. Sejuk terasa sehingga saya memakai 3 lapis baju. 


Turun melalui short cut di celah celah rumah orang untuk bersarapan di kedai kedai sekitarnya dan bershoping di gerai gerai kecil di tepi jalan yang agak terkenal.


Inilah salah satu kampung yang ada di Kundasang.


Sarapan pagi beramai ramai.....


Si mumuii the cameragirl....


Acara shopping pun bermula.....


Keropok ubi yang besar dan sedap.....


Oleh kerana saya ni peminat bunga, maka segala jenis bunga yang ada memang membuat saya terasa ingin memborong semuanya. Namun apakan daya, kita balik nanti naik belon, mana kan dapat nak mengangkutnya. Jom cuci mata tengok bunga aja ....




Buah buahan segar pun ada dijual juga... Harga amat berpatutan.





Siapakah yang sudi belikan saya bunga ini???


Pelbagai pilihan buah buahan dan sayur sayuran segar......



alangkah best nya kalau dapat diborong semua ini bawa balik ke rumah.....



Teringin memiliki rumah yang dipenuhi pelbagai jenis bunga aneka warna....


Mumui keboringan menunggu ayah ibunya memilih buah....


 Cuaca panas tetapi dingin....


Tak banyak yang dibeli, cuma makanan untuk ke destinasi seterusnya.....


Rehat rehat , posing sakan sebelum check out....


Bergurau senda bersama arif


Macam 3 beranak.....

Destinasi seterusnya, ke Kundasang War Memorial.......

Di sinilah tentera besekutu bersama penduduk sabah mempertahankan negeri sabah dari penaklukan Jepun walaupun akhirnya tewas dan ditawan oleh pihak Jepun sewaktu perang dunia ke - 2. Bagi menghargai pengorbanan mereka, maka kubu ini dibaik pulih dan dijadikan Tugu Peringatan Perang Kundasang oleh Kerajaan Sabah dengan kerjasama Kerajaan British, Australia & New Zealand. Kubu yang dibina setinggi 3 tingkat yang mana di setiap tingkat mewakili setiap negara. Untuk masuk, pelawat dikenakan sedikit bayaran sebagai sumbangan untuk menguruskan kubu tersebut supaya kekal terjaga.





Siap berguling lagi di tangga kubu....







Seperti biasa, taman taman seperti English Garden , Australia Garden menjadi tempat yang paling saya gemari. Memang tidak dinafikan, saya banyak mengambil gambar bunga (kerana tak dapat membawanya pulang) tapi oleh kerana terlampau banyak, saya tak tahu dah di mana tersimpannya album2 gambar tersebut. (Kes lama sangat lah tu)







Rehat di tingkat teratas... cantik pemandangan di sini......



Sempat lagi berposing ala ala patung - kata budak budak.....


Si arif pun peminat bunga ros? Dalam hati ada taman nampak?? heheheh....


Sang kumbang sedang makan tebu......



Pokok askar ????

Seterusnya ke Taman Negara Kinabalu..........



Sedang asyik mengumpan tupai.....


Pose 'maut' aunty dan budak budak. Tengoklah betapa tebalnya kabus di belakang sehingga hutan yang menghijau tak kelihatan.....

Sebelum balik ke bandar, abadikan kenangan anda di sini...... Kalau tak, menyesal nanti.......

Kami kembali ke bandar Kota kinabalu pada sebelah petangnya. Keluarga Diana menghantar saya dan kawan kawan ke Hotel Le Meridien, saja saja jer nak merasa tempat mewah.....


Ariq bergambar di bilik kami, double Queen you! Lain kali nak honeymoon disyorkan hotel ini... cukup kelas    mak Jah!


Lepas simpan barang kita keluar isi perut sebelum keluarga Diana balik ke Kota Marudu. Saya dah plan malam nanti nak shoping keronsang di pasar malam yang cuma letaknya bersebelahan dengan hotel aje....


Cuci mata dulu di Tanjung Aru...



Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Diana dan keluarga atas layanan dan perhatian yang diberikan sepanjang saya dan kawan kawan bercuti di Sabah. Buat budak budak, aunty pasti akan rindukan kalian. Lain kali boleh lah merancang lagi, kali ini nak ke mana lagi... jeng jeng jeng.......

31hb Oktober 2011

Pagi yang indah namun amat berat kurasakan untuk meninggalkan tempat ini. Buat kali terakhir untuk bulan Oktober 2011, kuabadikan satu gambar pemandangan pagi di Kota Kinabalu dari tingkap Le Meridian........


Akhirnya dapat juga saya habiskan penulisan sulung mengenai percutian saya di blog yang dah ber abu abu ini.... Berjaya juga untuk dikongsikan buat semua.....ahamdulillah.