Translate

Jumaat, Disember 6

DURIAN CREPE

Kali ini nak kongsikan pengalaman pertama membuat durian crepe. Al maklum lah sekarang ni musim durian. Sana sini semerbak dengan haruman durian dan pelbagai saiz durian. Harga pun ada yang semurah RM10.00 setompok. Ada juga sampai RM30 sebiji...... 

Pendek cerita mari kita mulakan cara cara membuat durian crepe kegemaran ramai....

Bahan bahannya adalah seperti di bawah :


Kalau ikut resepi memang semua bahan kena ada sukatannya tapi saya ni jenis yang agak malas nak menimbang jadi semua bahan main agak agak aje. Nak letak pewarna pun boleh juga tapi saya tak letak apa apa pewarna.

Tepung gandum - 3 sudu makan
Tepung ubi kay - 1 sudu makan 
Gula Halus - 2 sudu makan
Susu Dutch Lady - 1 gelas sedang sedang
Farm cow - 1/2 buku
Whipping Cream - sekotak kecil
Telur - sebiji

ok. beralih kepada cara membuatnya :

1. Campur semua jenis tepung & gula. Kacau rata.

2. Masukkan susu

3. Masukkan telur

Kacau hingga sebati semua bahan. dalam masa tu kita cairkan butter.

4. Masukkan butter ke dalam adunan. Gaul sampai sebati. Sebab adunan mempunyai susu, jadi agak lambat untuk membuatkan butter cair itu sebati dengan adunan.

5. Bila dah sebati, tapis adunan. 

Adunan yang siap di tapis 

Sekarang masa untuk memasaknya. Dengan menggunakan senduk bulat besar, ambil satu senduk dan lenggangkan di dalam kuali @ pan . Paling bagus gunakan non stick pan. Oleh kerana di rumah tiada non stick pan, maka saya cuma gunakan kuali biasa. Jadi kena kikis sedikit la di tepi tepinya.





Ni hasilnya. tak berapa menjadi. penyek sana sini.

Lengganglah seberapa banyak yang larat. Jangan bimbang, adunan yang dah di masak takkan melekat antara satu sama lain.

Ok. Sekarang kita sediakan intinya pula. Yang paling penting... DURIAN.....

Terpulang nak pakai berapa ulas. Oleh keran durian saya jenis yang comel, maka saya gunakan dalam 10-15 ulas.

6. Whipping cream dicampur dengan gula dan dipukul hingga kental. Dalam kes saya ni tak berapa menjadi whipping cream nya tapi boleh lah diterima.

7. Whipping cream yang dah kental dicampur durian. Gaul rata.

Ok. Intinya dah siap. Sekarang sessi penggulungan.... hehehe

8. Letakkan intinya ditengh tengah seperti ini.

9. Lipat lah dari kiri ke kanan ke.. kanan ke kiri ka.... ikut suka lah...

Dan menjadi segi empat.

Tadaaa.... dah siap.

Lain kali saya akan buat yang lebih cantik lebih molek dari yang ini. Tak kisah lah, janji rasanya...yummy...

Anda boleh pelbagaikan perasanya. Tak semestinya durian aja. boleh juga gunakan cempedak ke, pisang ke... untuk sesiapa yang anti durian.....

Selamat mencuba dengan jayanya......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan