Translate

Sabtu, Julai 25

Xploring Kebun





Sepetang di kebun


Hujung minggu tok mauk polah apa ooo... Boringlah duduk kat rumah ajak. Nak main games, internet.. lagi la boring. Bagus aku ngekot mak bapa aku ke kebun yang baru diusaha sidaknya. Jom pi ramai ramai.....

Jalan kaki dari jalan besar sik sampey setengah jam. Kamek orang makey dua buah kereta.. rami lah konon.... Sempat juak nilit nilit kebun orang. Ada yang dah bertebas, ada yang dah bertanam , ada juak berpondok berumah, malah dah didiami. Dengarnya kawasan tok sidak nak mintak dijadikan perkampungan nelayan. Entah dapat ke sik jadi kenyataan memandangkan status tanah tok complicated gilak.


Nah, kawasan yang masih berhutan tok.. lama lama botak juak. Lebar pantainya. Tok kebun jiran kamek orang. Mun kebun kamek orang agik jauh.. kat tanjung nun.

Nyempat juak mandi dengan anak biak di sia. Konon konon nak jaga anak buah lah tek. Last last ngan mak buah terjun ke laut. Heheh...

Musim bubok. Belacan bintulu nang nyaman kata orang. Tapi sayangnya aku alergik dengan spesis ya dan yang sewaktu dengannya.

Sine sine aku pergi, mesti sik miss ngambik gambar pusak. Cute eh!


Eizan gago nyapik si Alya. kamek orang panggang sayap manok, sosej, kambing.. yummy....

Anak orang yang join kamek orang.

Adik bongsuku, Mohd Haniff. Rilek jak makan.

Ahad, Julai 12

Lillo & Stitch



Lillo & Stitch... kanak kanak amat menggemari watak kartun tersebut.. Aku pun suka jugak.. Tapi Lillo & Stitch yang aku maksudkan bukanlah kartun tersebut, tapi anak kucing yatim piatu yang baru sebulan ku bawa balik ke rumah.

Anak kucing itu sebenarnya dilahirkan di kawasan belakang pejabat kami. Ibunya telah mati dalam kemalangan jalan raya. Maka anak anaknya menjadi rebutan suku sakat di pejabat yang mahu mengambil mereka menjadi anak angkat terutamanya yang berbulu putih. Tapi akhirnya kemenangan menjadi milik aku dan berjaya membawa pulang ke dua dua anak kucing tersebut. Aku menamakan mereka Lillo & Stitch.



Lillo, si kakak yang penyayang dan cantik. Matanya yang biru menarik perhatian tetamu tetamu yang datang ke rumah. Amat memilih makanan dan agak lemah lembut.


Stitch, si adik yang nakal dan comel. Dengan ekor patah hujungnya, dia selalu meng"ambush" sesiapa sahaja. Makan apa saja dan agak lasak.