Translate

Ahad, Julai 12

Lillo & Stitch



Lillo & Stitch... kanak kanak amat menggemari watak kartun tersebut.. Aku pun suka jugak.. Tapi Lillo & Stitch yang aku maksudkan bukanlah kartun tersebut, tapi anak kucing yatim piatu yang baru sebulan ku bawa balik ke rumah.

Anak kucing itu sebenarnya dilahirkan di kawasan belakang pejabat kami. Ibunya telah mati dalam kemalangan jalan raya. Maka anak anaknya menjadi rebutan suku sakat di pejabat yang mahu mengambil mereka menjadi anak angkat terutamanya yang berbulu putih. Tapi akhirnya kemenangan menjadi milik aku dan berjaya membawa pulang ke dua dua anak kucing tersebut. Aku menamakan mereka Lillo & Stitch.



Lillo, si kakak yang penyayang dan cantik. Matanya yang biru menarik perhatian tetamu tetamu yang datang ke rumah. Amat memilih makanan dan agak lemah lembut.


Stitch, si adik yang nakal dan comel. Dengan ekor patah hujungnya, dia selalu meng"ambush" sesiapa sahaja. Makan apa saja dan agak lasak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan