Assalamualaikum & salam sejahtera....
Memang sudah cukup lama tak update blog ni. Tambahan pula dengan line broadband yg sangat sangat slow macam siput tuuuuuttt... aduhai aduhai... memang mencabar kesabaranku.....
Teringat akan posting yg lepas tentang pilihan yg berakhir dengan "LOVE IT OR LEAVE IT"...
Hal ini sebenarnya sudah agak lama terjadi namun baru kini punya keberanian untuk berkongsi. Almaklum la, dulu tu tengah kusut, meroyan & yg sewaktu dgnnya. Sekarang ni dah boleh senyum dah...
Kadang kala kebenaran itu amat menyakitkan namun itulah hakikat hidup. Selama 10 tahun menyintai dan dicintai akhirnya ikatan yang dibina terlerai sudah tanpa kata putus. Hebat bukan? Masa tengah sayang, kita lah buah hati pengarang jantung, ditatang bagai minyak yang penuh, dilayan penuh manja sehingga terbuai dalam mimpi indah. Pendek kata, hilang sudah sifat berdikari. Yang ada sifat kebergantungan hampir 100%.
Namun satu kejadian yang betul betul trjadi di depan mata, (mungkin Allah nak tunjuk kebenaran) membuatkan hatiku benar2 hancur lebur tapi tak lah sampai menjadi debu. Dah la masa tu aku terlibat dengan program 6P, kebetulan outstation ke Ulu Baram, ternampak lagi "si orang itu"....Allahu Akbar, hanya Allah yang tahu betapa inginnya aku terjun dari kenderaan yg sedang membawa kami saat itu juga. Apatah lagi bila ada rakan rakan yg mengenali "si orang itu" bercerita tentang perbuatannya sepanjang dia bekerja di kem tersebut yang rupa rupanya sudah ada orang baru, bukan setakat orang baru tapi sudah ada anak anak baru. Dan sepanjang aku bertugas hampir 24 jam, aku sedaya upaya menyembunyikan perasaanku dari pengetahuan rakan sepasukanku. Betapa kucuba menahan rasa tangis & pilu yg benar2 menyucuk ngilu di hatiku. Rasan nak meraung pun ada. Kerinduan & kebencian silih berganti, tambahan pula sudah beberapa bulan aku dan "si orang itu" tidak bertemu....bayangkan lah.....
Buat beberapa hari aku cuba menghubungi "si orang itu", itupun cuba cuba sahaja kerana aku tahu di kawasannya adalah di luar kawasan liputan celcom..tapi akhirnya satu hari "si orang itu" tiba tiba sahaja menghubungiku kerana ingin bertanya khabar. Mula mula aku slow talk dengan "si orang itu" namun bak kata org, pencuri mana yg mengaku dia mencuri...Langsung "si orang itu" menafikan. Akhirnya aku tahap kesabaranku menipis, bak gunung berapi pendam, ku muntahkan segala kata kata, ku ceritakan segala yg ku tahu & kunampak. Jawapannya? Tanpa kata maaf "si orang itu" hanya berkata, "hal sudah terjadi, susah mahu cakap"....Cisssss.......
Itulah perbualan terakhir kami. Dan sehingga kini, tanpa kata putus, aku meneruskan kehidupan dengan hati yang pasrah. Dan aku bersyukur, di saat aku dalam kesedihan, Agnes, sahabat sejatiku menemaniku siang dan malam, mendengar setiap luahan hatiku, melihat tangisanku, memujukku & menjagaku.
Dengan kekuatan yg ada, aku cuba bangkit dari kegagalan, kukuatkan hati dgn iman. Kucuba mengubah sifat kebergantunganku kepada sifat berdikari.... Insya Allah, dengan izin Allah, aku akan berusaha...
Alhamdulillah, syukurku kepadamu Ya Allah, kini aku sudah mampu tersenyum & ketawa.... Biarlah yg lepas menjadi kenangan & pengajaran. Biarlah kini aku melangkah ke hadapan dengan pennuh yakin dan memulakan kehidupan baru yang lebih diberkati dengan restu ibu bapa & perlindungan dari Yang Maha Esa.
~Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu~
~Apabila Allah lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu~
~Apabila Allah tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu~
~Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun, kerana Kasih Sayang Allah itu mendahului KemurkaanNYA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan