Translate

Ahad, Mac 12

Baru sekarang nak post - percubaan pertama membawa kancil merentas sempadan 2010

Selalu travel pakai belon. Asyik asyik pakai belon. Kali ni mencuba kelainan untuk travel bersama sang kancil oren. KakYan akan konvoi bersama sama kawan yang juga pengguna kancil silver. Perjalanan darat seawal jam 4 pagi bermula dari Bintulu ke Miri yang sejauh kurang lebih 200km memakan masa selama 3 jam. Selepas bersarapan dan menukar duit dalam dolar Brunei di Miri, bermulalah aktiviti kancil merentas sempadan. KakYan siap siap dah print map jalan yang diambil di website satu group yang memberi info tentang perjalanan dari Miri ke Sabah. Map ni untuk jalan short cut iaitu melalui kawasan perkampungan. Ada satu lagi kalau nak terus ikut laluan lebuhraya ke Bandar Seri Begawan pun boleh. Infonya boleh  klik sini



Peta yang akan digunakan dalam perjalanan kelak. Nak peta ini boleh klik sini
Satu lagi peta yang boleh digunakan boleh juga  ketik sini Sharing is caring bah!



Untuk pengetahuan semua, terdapat 10 checkpoint imigresen yang akan dilalui.. Kalau korang tu orang semenanjung ka, Sabah ka atau orang asing ke habisla pasport korang kena cop 10 kali. Baru pergi, belum lagi balik. Kalau macam KakYan orang Sarawak ni cuma dapat 4 cop saja pasal Imigresen Sarawak takkan cop pasport orang diaorang. Kalau kat Sabah pun tak kena cop sebab kami ni ala lesen special bernama free flow...heheheheh. Jangan jeles. Meh sini KakYan senaraikan nama nama checkpoint tersebut. Ilmu pengetahuan tu tau.

1. Sungai Tujuh, Miri (Malaysia)
2. Sungai Tujuh, Kuala Belait (Brunei)
3. Kuala Lurah (Brunei)
4. Tedungan, Limbang (Malaysia)
5. Pandaruan, Limbang (Malaysia)
6. Puni, Temburong (Brunei)
7. Labu , Temburong(Brunei)
8. Mengkalap, Lawas (Malaysia)
9. Merapok, Lawas (Malaysia)
10. Sindumin, Sabah ( Berkongsi bangunan dengan Imigresen Merapok, jadi ada dua pos kawalan dalam satu bangunan)

 Dari bandar Miri ke Pos Kawalan Sg. Tujuh mengambil masa kurang lebih 40 minit. Sebelum sampai ke Pos Kawalan Sg. Tujuh, kami melalui tol jambatan ASEAN dengan bayaran RM10.00 untuk kenderaan kecil. Sebelum jambatan ini dibina, feri digunakan untuk berulang alik antara Miri dan Brunei.



Checkpoint - 1. Pemeriksaan Imigresen  di Pos Kawalan Imigresen Sg. Tujuh, Miri, Malaysia  yang dibuka seawal jam 6 pagi ini mengambil masa kurang dari 2 minit jika tiada kesesakan lalulintas. Kalau musim cuti sekolah atau kelepasan am comfirm panjang dia punya jem sampai berjam jam.


Pos kawalan Imigresen lama yang belum dirobohkan. Nampak macam berhantu pula.



Checkpoint - 2. Memasuki Pos Kawalan imigresen Sg. Tujuh, Kuala Belait, Brunei. KakYan pun cop pasport di sini. Kalau tak cop tak pasal pasal jadi pendatang tanpa izin.  Bagi yang membawa kereta macam KakYan, jangan lupa isi satu kad putih untuk pemeriksaan Kastam Brunei.



Kena bayar tol lagi di Jambatan Rasau. B$3.00.


Perjalanan yang selesa diteruskan menuju ke Kuala Lurah. Lebuhraya Brunei ni memang sangat licin dan selesa. Oh ya, bagi yang ada tinted tu tak kiralah tinted yang separuh di depan cermin kereta atau penebat cahaya yang dilekat sementara di tingkap tu kena hati hatilah. Sebab undang undang jalanraya Brunei tidak membenarkan sebarang tinted. Kereta di Brunei ni pula laju laju belaka namun KakYan drive slow and steady je sambil menikmati pemandangan sekitar. Kalau nak drive laju laju kang kena speed trap nanti padan muka kena bayar dalam dolar Brunei.

Walaupun pertama kali KakYan bawa kancil ke Brunei, namun KakYan memilih untuk menggunakan jalan short cut  iaitu melalui kampung kampung kerana agak menjimatkan masa iaitu kurang lebih 2 jam. Namun jalan short cut ini tidak sesuai digunakan pada musim hujan kerana dikhuatiri banjir. Jika mahu terus mengikut jalan lebuh raya pun boleh juga kerana akan terus ke Bandar Seri Begawan.



Jalan punya jalan akan nampak power plant di sebelah kanan. Di situlah ada simpang masuk short cut ke Kuala Lurah.


Nampak papan tanda Tanjung Maya? Di situlah KakYan akan membawa kancil membuat pusingan U turn dan seterusnya memasuki simpang ke Lamunin.


Di sini jalan agak kecil dan tidak rata. Maklumlah kawasan kampung dan selalu banjir. Jalan pun banyak yang berselekoh. Malah simpang empat pun ada round about kecil.


Jalan punya jalan sambil mencari kilang papan sebelah kanan seperti yang ditanda di dalam map. Jumpa kilang ini terus cari simpang pertama disebelahnya - Jalan Batang Mitus Kecil. KakYan pun masuk dan teruskan perjalanan. Asal ada nampak signboard Kuala Lurah, KakYan ikut saja.




Jam 10.30 KakYan mula ternampak kereta bersusun susun di depan. Alamak, jalan jem pula sejauh 1 kilometer dari Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah. Memang beginilah situasinya kalau musim cuti atau hujung minggu, sesak dengan kenderaan yang keluar masuk merentas sempadan. Ada kurang lebih hampir 2 jam juga kancil KakYan mengensot ensot menghampiri sempadan. KakYan nampak ada beberapa buah kereta mematikan enjin kereta dan menghidupkannya semula apabila terdapat pergerakan di hadapan.




Checkpoint - 3. Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah. Kereta masih bergerak perlahan. Rasanya para pegawai imigresen sempadan mesti lenguh tangannya mengecop tak henti henti. Co-driver KakYan pula keluar dari kancil dan berjalan kaki membawa kad putih Kastam  untuk dicop di kaunter kastam Brunei. Selesai pemeriksaan dan cop keluar diturunkan di passport, kancil masih lagi bergerak pelan pelan di kawasan yang dikatakan "No Man Land" (betul wujud ke?) Naik bukit  dan turun bukit seperti kancil yang mengensot ensot terus nampak Pos Kawalan Imigresen Tedungan.


Checkpoint - 4. Pos Kawalan Imigresen Tedungan. Macam biasa kenderaan bergerak perlahan melalui pemeriksaan. Perut pun dah berkeroncong, maka perjalanan diteruskan ke Bandar Limbang.






Oleh kerana perut tak henti henti memainkan irama keroncong maka kami berhenti rehat sebentar di salah sebuah kedai untuk merarau. 


Pertama kali KakYan berkenalan dengan hati buyah. Tapi tak berani nak merasanya bila diketahui ianya adalah limpa.




Bersiar siar dulu.  Di seberang sana nampak ada sebuah perkampungan tepi sungai.



KakYan sempat menjenguk ke tamu. Mana tau ada yang berkenan.



Ikan tahai amat popular di sini. KakYan pun apa lagi beli la beberapa kilo untuk bekalan.




Pandangan dari atas Bandar Limbang

Jam 2 petang selepas mengisi penuh tangki minyak kancil, perjalanan diteruskan. Kali ini KakYan jadi co-driver pula. Sebab KakYan tak berani nak drive kancil naik feri, nanti kancil terjun tiruk pula ke sungai.. hehehe (Alasan untuk tak mahu drive)



Checkpoint - 5. Pos Kawalan Imigresen Pandaruan, Limbang. Kat sini sekejap jer check. Tiada tanda tanda kesesakan lalulintas seperti di Tedungan tadi.


Patutla lengang kat Pandaruan tadi, rupanya di sini diaorang berkumpul. Menunggu lagi tapi dalam sejam aje.



Feri usahasama Malaysia dan Brunei.  Kedua dua matawang boleh digunakan untuk membayar servis feri.




Si Kancil silver, rakan konvoi Kancil oren.



KakYan gelar bahagian Temburong ni Brunei kecik.


Hati hati jangan terbabas pula pos kawalan imigresen yang seterusnya yang terletak di siring jalan. Rupanya yang seperti rumah kayu boleh buat orang tak perasan.

Checkpoint - 6. Pos Kawalan Imigresen, Puni. Memang betul betul terpencil. Cop pasport dulu ya. Hairan pula, nama posnya Puni tapi dalam copnya Ujung Jalan?


Lepas tu bawa kad putih kastam untuk diperiksa di sini dan kita jalan lagi.




Melintasi pekan Bangar yang aman.


Sesiapa nak rehat kat sini silakan lah.....

Memandu dalam Brunei kecik ni tak lama, ada la dalam setengah jam.


Checkpoint - 7. Pos kawalan Imigresen Labu. Banyak menggunakan kontena dan kerangka besi. Mungkin kerana agak kurang kenderaan menuju Lawas, maka persekitaran agak lengang.


Naik feri Trusan. Bayaran RM10.00 dikenakan. Sampai di seberang terus menuju ke pekan untuk mencari pos kawalan imigresen Mengkalap.




Checkpoint - 8. Pos Kawalan Imigresen Mengkalap. Lepas singgah sini duduk sekejap minum milo panas di kedai berdekatan.


Disepanjang perjalanan melalui daerah Lawas disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang terbentang luas.



Jambatan ini hanya boleh dilalui secara satu arah dalam satu satu masa.


Mercu tanda Lawas. Sang kerbau yang perkasa.


Kurang lebih 1 jam perjalanan yang semakin menghapiri sempadan Sarawak/Sabah.


Jam 5 petang, KakYan dan konvoi tiba di sempadan Sarawak/Sabah


Checkpoint - 9. Pos Kawalan Imigresen Merapok.


Checkpoint - 10. Pos Kawalan Imigresen Sindumin.

Kedua dua checkpoint ni sebelah menyebelah saja.


Selesai sudah kancil KakYan mencipta rekod peribadi merentas sempadan. Selamat datang ke Sabah, negeri di bawah bayu.

Cerita perjalanan di Sabah akan disambung seketika nanti......

p/s : kredit kepada google kerana kebanyakan gambar yang terpapar di sini KakYan curi dari pakcik google.