Tak payahlah KakYan nak beritahu pergi ke sana naik apa ke berapa jam ke. Kita terus lompat ke destinasi pertama bila belon landing.
Labuan, Pulau mutiara laut china selatan. Nak tahu lebih lanjut mengenai Labuan sila google sendiri ok. KakYan cuma nak show off gambar bercuti je.. hehehehe
Aktiviti malam cuma dihabiskan dengan berjejak kasih dengan kedua orang adik ni yang kebetulan menuntut di Labuan.
Hari kedua pula dihabiskan dengan bersiar siar di sekitar bandarnya. Siapa yang tak mabuk laut bolehlah cuba naik feri ni. Dari sini boleh pergi ke Sabah, Sarawak dan Brunei.
Tujuan utama KakYan datang ke Labuan adalah untuk melawat Labuan War Memorial. Sejarah mengenai tempat ni sila google. Malas KakYan nak cerita. Bukan korang nak baca sangat pun.
Ku letakkan kalungan bunga di pusaramu tanda ingatan ku atas pengorbananmu.... Cewahhh.... Kebetulan ada kalungan bunga di atas pusara ini jadi KakYan tumpang bergambar la kejap.
Antara nama nama penghuni yang mendiami kawasan ini.
Sedang asyik menulis nama nak booking tempat...opppppssss... hehehehehe
Cukup masa terus pergi ke airport Labuan untuk terbang ke destinasi seterusnya. Dalam beg tu tak payahlah tanya apa isinya. Memandangkan Labuan ni pulau bebas cukai, maka shoping sakan amatlah digalakkan. Tapi KakYan terpaksa la telan air liur kontrol belanja sebab perjalanan masih panjang lagi... hehehehe
Terbang ke Kota Kinabalu untuk bertemu dengan Lady D dan seterusnya merayau rayau di 1Borneo Hypermall. Macam biasa tengok tengok barang sambil telan air liur. Terjumpa patung Firaun terus ambil gambar. KakYan ni kira peminat firaun. Dan of course kostum firaun tu yang sangat win!
Seterusnya kami ke Kota Marudu bersama Lady D dan keluarganya. Singgah sebentar di sebuah kedai melihat sambil membeli makanan tempatan. Dan malam itu KakYan bermalam di Kota Marudu yang sunyi.
Hari seterusnya meneruskan perjalanan dan menyinggah sebentar di Kota Belud.
Menjejak kasih dengan rakan lama. Hanya sempat bertemu di tepi jalan saja sebab nak teruskan perjalanan lagi ni. Abaikan beg yang banyak itu.
Seterusnya, Ladang Lembu. Mooooooooo.........
Lembu tompok tompok sedang berehat sambil melihat telatah pengunjung yang datang.
Sesiapa nak main kejar kejar dengan lembu ni depersilakan. Nanti KakYan menengok aje dari tepi pagar siapa yang mengejar, siapa yang kena kejar... heheheheh
Asal nampak aje bunga mesti KakYan akan ambil gambar. Sambil menghayati keindahan bunga bunga sambil tu juga berfikir cemana nak colek benihnya bawa balik....
Petangnya kami menyinggah pula di Poring. Sempat juga bertemu dengan seorang kawan yang sama sama berkursus. Mr. N yang juga merupakan salah seorang staff Taman Taman Sabah. Budak budak sibuk bermandi mandi di kolam air panas manakala KakYan dan Lady D sibuk nak naik jambatan gantung. Makanya Mr. N lah jadi guide kami.
Sunyi sepi kerana sudah lewat petang. Tapi tak takut pun... heheheh
Menurut Mr. N, jambatan gantung ini sudah ditutup kepada pelawat kerana sudah ada jambatan baru yang menggantikannya tapi agak jauh sikit dari sini. Kami memilih untuk berjalan di sini kerana jarak yang pendek tambahan pula hari dah lewat petang. Nanti kena tapok bunian baru padan muka.
Nahhhhh.... berderap derup daun kering dipijak pijak...
Apabila malam berlabuh, KakYan dan keluarga Lady D pun pulang ke rumah. Cantik tak rumah kami?? Heheheh... kami menginap di Kinabalu Pine Resort. Memang cantik setanding harganya yang mengadap Gunung Kinabalu. Tidur malam sangat sangat selesa dengan tilam empuk dan selimut tebal.
Seawal jam 6 pagi mata sudah terbuka. Selalunya kalau masa kerja bukan main lagi susah mata ni nak terbuka. Masa cuti pandai juga dia awal. Ish ish ish.... KakYan pun keluar ke beranda menikmati pemandangan pagi yang sangat sangat indah. Dengan Gunung Kinabalu yang gah berdiri disinari mentari pagi. Agak lama juga KakYan duduk sorang sorang di beranda merenung Gunung Kinabalu sambil berfikir agaknya bila ada peluang mendakinya.
Seawal jam 6 pagi mata sudah terbuka. Selalunya kalau masa kerja bukan main lagi susah mata ni nak terbuka. Masa cuti pandai juga dia awal. Ish ish ish.... KakYan pun keluar ke beranda menikmati pemandangan pagi yang sangat sangat indah. Dengan Gunung Kinabalu yang gah berdiri disinari mentari pagi. Agak lama juga KakYan duduk sorang sorang di beranda merenung Gunung Kinabalu sambil berfikir agaknya bila ada peluang mendakinya.
Berjalan menuruni bukit dengan menggunakan laluan short cut yang melalui kawasan perkampungan untuk pergi bersarapan di kedai yang terletak di tepi jalanraya.
Sarapan dulu...
Camera girl ambil gambar kami yang sedang bersarapan. Dan dia pun kena snap oleh KakYan.
Tauke kedai makan sedang memerhati para pelanggannya.
Lepas sarapan kami pun berjalan jalan untuk melihat gerai gerai tepi jalan yang menjual pelbagai jenis jualan. Gambar seterusnya.....
Buah buahan segar dari ladang.
Keropok ubi favourite KakYan.
Camera girl keboringan menunggu kami yang sibuk membelek belek buah mangga.
Sayur sayuran segar dari ladang
Nah tengok tu bukan main besar bunganya ni. Geram tengok, rasa nak petik petik lah.
Rambang mata dibuatnya. Terasa seperti di taman bunga dewi kayangan. Teringin sangat nak beli namun apakan daya KakYan mana dapat bawa bunga bunga ni naik belon.
Melihat bunga liar ini yang turut dijual. KakYan ada sentimental value dengan bunga ni. Bunga ini yang satu ketika dulu pernah diberi oleh seseorang kepada KakYan.
Aktiviti jual beli sedang berlansung. KakYan pun sempat juga membeli sedikit buah dan makanan ringan.
Selesai shopping.
Rehat rehat dulu di rumah. Kejap lagi kita jalan lagi.
Tengok ragam budak budak ni.
Seterusnya, ke Kinabalu Park. Masa ni dah tak dapat tengok puncak Gunung Kinabalu kerana awan tebal dah menutupinya. So, kami main cubuk cubuk saja di sini.
Ragam budak budak bersama aunty diaorang.
Di sini tempat bermulanya pendakian menuju ke puncak yang tertinggi di Asia Tenggara. KakYan ambil aura saja tu...heheheh
Bermain main dengan si tupai yang suka minta puji. KakYan culik ko baru tau...
Seterusnya kami ke Kundasang War Memorial. Nak tahu lebih lanjut sila google.
Kumbang pemakan tebu. Kalau KakYan panggil ni kumbang taik.
Budak budak berkarenah lagi di sini.
Kenapalah kau ni cantik sangat wahai bunga. Geram betul nak petik kau ni.
Purple itu menawan ....
Pelbagai jenis bunga ditanam di sini. Wahhh.. Kundasang ni memang syurga bunga bunga.
Rehat dulu di sini sambil menikmati pemandangan sekitar.
Melihat ramai pengunjung ambil gambar pokok ni, KakYan pun turut terjebak mengambil gambarnya. Pokok ni badannya macam warna askar. Pokok askar mengkali... hehehe
Petangnya kami kembali ke bandar. Rasa mau duduk lama lama di Kundasang ni tapi apakan daya, esok dah terbang balik ke Sarawak.
Check in di Le Meridien. Hotel mewah bertaraf 5 bintang. Serba serbi mewah. Sesekali merasa mewah tak apa, bukan selalu pun.
Keluar jalan jalan sekitar bandar dulu.
Lepak di Pantai Tanjung Aru sambil menikmati matahari terbenam. Di sini amatlah di rekomen untuk makan seafood kerana.... yummyyyy....
Sekian cerita KakYan. Da abis daa.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan