Translate

Sabtu, Julai 1

Hokkaido Cupcake

Penangan resepi resepi yang viral di Facebook memang hebat. Kak Yan terpengaruh juga nak mencuba membuat Hokkaido Cupcake. Nampak sedap aje.

Inilah hasilnya. Tadaaa....



Resepi Kak Yan copy & paste dari FB (credit kpd Hakak Shery)

STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (KUNING TELUR LETAK DALAM BEKAS LAIN)
2. 4 sudu besar gula halus
* mixer smpai bertanduk yer..meringue
🍎letak tepi dlu yg meringue
Note : meringue tu jgn ada bercampur sedikit air atau kuning tlur atau apa2 jelaa..hihi..nnti xjdi lerrr meringue awk2 semue..nnti xjdi frust pulak
STEP 2
1. 4 biji Kuning telur (yg dah ada dlm bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula
* kacau2 je guna whisk (godek2 mcm tu)
3. Masukkan susu cair setengah cawan( saya guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar
* smbung kacau guna whisk sampai sebati
STEP 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tpung jagung/kastard
3. Stgh sudu kecil baking poder
🍎 masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau2 guna whisk
🍎 lepas tu campurkan dgn step 1 tdi..kacau2 sampai sebati
🍏JOM KITA BAKOR GUNA API ATAS BAWAH YER SUHU 160..DALAM MASA 20 MINIT..TGK LA KALO DAH MASAK..X LEKAT LERR KAT LIDI BILA KITA CUCUK2 JGN LUPA PANASKAN OVEN DULU DLM 10 MINIT SUHU 170
FILLING TU:
1. marjerin 1 sudu
2. Susu cair 200 ml
* panaskan dlu utk cairkan marjerin
Masukkan
3. 1 sudu besar tpung gandum
4. 1 sudu besar kastard
5. 1 biji telur
6. 4 sudu besar gula
Masak jer semua..sentiasa kacau guna api kecil
Note🍬jangan masak lama2..nti keras la gamaknya...menangis x berlagu...sekadar pekat2...
Kek tu..amk chopstick utk buat lubang di tgh..bru pipe filling kastard tdi.
=Guna telur gred A utk dpt byk biji
=Tabur gula ising utk hiasan

Biskut Red Velvet & biskut Coklat Nips

Biskut yang Kak Yan cuba pada tahun ini, Biskut Red Velvet & Biskut Coklat Nips

Biskut Red Velvet Kak Yan warna biskutnya tak menjadi merah tetapi bertukar kepada coklat. Mungkin silap merah yang tak berapa terang atau terlebih coklat kot...

Resepi asal boleh rujuk kat blog citarasawan Kak Yan sering mengunjungi blog ni kerana kebanyakan resepi yang Kak Yan cuba memang comfirm menjadi. Blog dia boleh jadi tempat belajarlah kiranya.




Manakala Biskut Coklat Nips pula pada asalnya ialah BIskut M&M monster. Tapi oleh kerana harga sepeket coklat nips lebih murah dari coklat m&m's maka Kak Yan tukar lah bahan utamanya. Lalulah namanya bertukar menjadi Biskut Coklat Nips. Resepi asal juga di cilok dari blog citarasawan



Sambil itu sempat juga Kak Yan buat popia bersira pedas. Bahan2nya mudah saja, popia digolong. Lepas tu cili kering dibender bersama sedikit bawang putih dan merah. Lepas tu ditumis, letak gula & garam, dan gaul bersama popia... sedapppp.....



Kek Lapis Sarawak - Kek Selipar Jepun

Antara koleksi kek lapis yang popular pada raya 2017 ini adalah Kek Selipar Jepun. Nama kek pun agak pelik tapi rasanya....fuhh sedapppp...

Kak Yan pun turut cuba membuatnya. Resepi asalnya boleh KLIK SINI atau KLIK SINI .

Oleh kerana Kak Yan ni jenis yang malas melapis, makanya kek selipar jepun ni menjadi 3 lapis sahaja..heheheh

KEK SELIPAR JEPUN

Bahan2:

  • 10 biji telur (saya guna yg gred C)
  • 500gm mentega (Buttercup)
  • 2 gelas tepung hongkong
  • 1 gelas horlick
  • 1 gelas cofemate
  • 1 tin kecil kaya
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 gelas gula halus
  • 1 sudu makan ovalet

Cara2:

  1. (Bekas 1) Telur, gula dan ovalet dipukul hingga kembang.
  2. (Bekas 2) Mentega, susu dan kaya dipukul sampai putih.
  3. Satukan bekas 1 dan bekas 2. Masukkan horlick, coffemate dan tepung gandum. Sebatikan.
  4. Bahagi kepada 3 warna, hijau, merah, kuning.
  5. Kukus berlapis lapis hingga habis. (saya kukus 3 lapis saja - satu jam setiap lapisan)


Kek yang sudah siap selepas dikukus selama 3 jam lebih.


Selasa, Jun 20

Kek Lapis Sarawak - Kek Pilih Kasih

Hari raya Aidilfitri 2018 akan menjelang tiba beberapa hari lagi. Sebelum ni Kak Yan yang terkenal pemalas akan membeli kek lapis dari rakan rakan pembuat kek lapis yang terkenal di Bintulu.  Entah tersampuk puteri bunian yang mana satu tetiba tahun ni ada mood nak buat kek sendiri. Puas menggoggle dan mengfacebook mengsekodeng resepi resepi kek lapis sarawak. Dari yang berlapis lapis sampailah ke yang tiada berlapis. Sambil tu juga mengsekodeng resepi biskut biskut yang nampak sedap dipandang mata. Namun sayangnya oleh kerana takut tulang rapuh, maka dicari resepi yang simple saja. Maka salah satu pilihan adalah  Kek Pilih Kasih, kek yang terkenal sejak berzaman mensia marek.

Resepinya Kak Yan cedok dari blog Hasue. Nak tengok versi Hasue boleh KLIK SINI 

Resepi versi Kak Yan pula 99.9% sama. Bah Kak Yan share resepinya.

Bahan bahan :
  • 10 biji telur (Kak Yan guna yg gred C punya)
  • 1 1/2 gelas tepung gandum
  • 1 gelas gula halus
  • 450 gram butter jenama Anchor
  • 1 gels horlick
  • 1 tin tinggi susu pekat / krimer
  • 2 peket milo 3 in 1
  • 1 gelas bijan/lengak (disangai dulu)
  • 2 gelas kacang tanag (disangai & dikisar halus)
  • 1/2 botol browing sugar (botol kecil)
  • 1 sudu makan esen vanilla
** gelas yang Kak Yan pakai tu cuma gelas plastik jer. Kiraan tepung segelas dlm 125gram, gula pula 200gram**



Cara cara membuatnya :
  1. Gula dan butter dipukul sampai kembang. Lepas tu masukkan telur satu demi satu.
  2. Masukkan esen vanilla, susu pekat dan tepung. Gaul rata.
  3. Masukkan horlick dan milo. Gaul lagi
  4. Masukkan kacang tanah dan bijan/lengak. Gaul sebati
  5. Masukkan browning sugar dan gaul sampai sebati.
  6. Dah boleh kukus selama 3-4 jam.



Inilah hasilnya Kek Pilih Kasih air tangan Kak Yan.




Kalau nak merasa kuih buatan Kak Yan, bolehlah datang beraya ke rumah nanti...

Ahad, Mac 12

Baru sekarang nak post - percubaan pertama membawa kancil merentas sempadan 2010

Selalu travel pakai belon. Asyik asyik pakai belon. Kali ni mencuba kelainan untuk travel bersama sang kancil oren. KakYan akan konvoi bersama sama kawan yang juga pengguna kancil silver. Perjalanan darat seawal jam 4 pagi bermula dari Bintulu ke Miri yang sejauh kurang lebih 200km memakan masa selama 3 jam. Selepas bersarapan dan menukar duit dalam dolar Brunei di Miri, bermulalah aktiviti kancil merentas sempadan. KakYan siap siap dah print map jalan yang diambil di website satu group yang memberi info tentang perjalanan dari Miri ke Sabah. Map ni untuk jalan short cut iaitu melalui kawasan perkampungan. Ada satu lagi kalau nak terus ikut laluan lebuhraya ke Bandar Seri Begawan pun boleh. Infonya boleh  klik sini



Peta yang akan digunakan dalam perjalanan kelak. Nak peta ini boleh klik sini
Satu lagi peta yang boleh digunakan boleh juga  ketik sini Sharing is caring bah!



Untuk pengetahuan semua, terdapat 10 checkpoint imigresen yang akan dilalui.. Kalau korang tu orang semenanjung ka, Sabah ka atau orang asing ke habisla pasport korang kena cop 10 kali. Baru pergi, belum lagi balik. Kalau macam KakYan orang Sarawak ni cuma dapat 4 cop saja pasal Imigresen Sarawak takkan cop pasport orang diaorang. Kalau kat Sabah pun tak kena cop sebab kami ni ala lesen special bernama free flow...heheheheh. Jangan jeles. Meh sini KakYan senaraikan nama nama checkpoint tersebut. Ilmu pengetahuan tu tau.

1. Sungai Tujuh, Miri (Malaysia)
2. Sungai Tujuh, Kuala Belait (Brunei)
3. Kuala Lurah (Brunei)
4. Tedungan, Limbang (Malaysia)
5. Pandaruan, Limbang (Malaysia)
6. Puni, Temburong (Brunei)
7. Labu , Temburong(Brunei)
8. Mengkalap, Lawas (Malaysia)
9. Merapok, Lawas (Malaysia)
10. Sindumin, Sabah ( Berkongsi bangunan dengan Imigresen Merapok, jadi ada dua pos kawalan dalam satu bangunan)

 Dari bandar Miri ke Pos Kawalan Sg. Tujuh mengambil masa kurang lebih 40 minit. Sebelum sampai ke Pos Kawalan Sg. Tujuh, kami melalui tol jambatan ASEAN dengan bayaran RM10.00 untuk kenderaan kecil. Sebelum jambatan ini dibina, feri digunakan untuk berulang alik antara Miri dan Brunei.



Checkpoint - 1. Pemeriksaan Imigresen  di Pos Kawalan Imigresen Sg. Tujuh, Miri, Malaysia  yang dibuka seawal jam 6 pagi ini mengambil masa kurang dari 2 minit jika tiada kesesakan lalulintas. Kalau musim cuti sekolah atau kelepasan am comfirm panjang dia punya jem sampai berjam jam.


Pos kawalan Imigresen lama yang belum dirobohkan. Nampak macam berhantu pula.



Checkpoint - 2. Memasuki Pos Kawalan imigresen Sg. Tujuh, Kuala Belait, Brunei. KakYan pun cop pasport di sini. Kalau tak cop tak pasal pasal jadi pendatang tanpa izin.  Bagi yang membawa kereta macam KakYan, jangan lupa isi satu kad putih untuk pemeriksaan Kastam Brunei.



Kena bayar tol lagi di Jambatan Rasau. B$3.00.


Perjalanan yang selesa diteruskan menuju ke Kuala Lurah. Lebuhraya Brunei ni memang sangat licin dan selesa. Oh ya, bagi yang ada tinted tu tak kiralah tinted yang separuh di depan cermin kereta atau penebat cahaya yang dilekat sementara di tingkap tu kena hati hatilah. Sebab undang undang jalanraya Brunei tidak membenarkan sebarang tinted. Kereta di Brunei ni pula laju laju belaka namun KakYan drive slow and steady je sambil menikmati pemandangan sekitar. Kalau nak drive laju laju kang kena speed trap nanti padan muka kena bayar dalam dolar Brunei.

Walaupun pertama kali KakYan bawa kancil ke Brunei, namun KakYan memilih untuk menggunakan jalan short cut  iaitu melalui kampung kampung kerana agak menjimatkan masa iaitu kurang lebih 2 jam. Namun jalan short cut ini tidak sesuai digunakan pada musim hujan kerana dikhuatiri banjir. Jika mahu terus mengikut jalan lebuh raya pun boleh juga kerana akan terus ke Bandar Seri Begawan.



Jalan punya jalan akan nampak power plant di sebelah kanan. Di situlah ada simpang masuk short cut ke Kuala Lurah.


Nampak papan tanda Tanjung Maya? Di situlah KakYan akan membawa kancil membuat pusingan U turn dan seterusnya memasuki simpang ke Lamunin.


Di sini jalan agak kecil dan tidak rata. Maklumlah kawasan kampung dan selalu banjir. Jalan pun banyak yang berselekoh. Malah simpang empat pun ada round about kecil.


Jalan punya jalan sambil mencari kilang papan sebelah kanan seperti yang ditanda di dalam map. Jumpa kilang ini terus cari simpang pertama disebelahnya - Jalan Batang Mitus Kecil. KakYan pun masuk dan teruskan perjalanan. Asal ada nampak signboard Kuala Lurah, KakYan ikut saja.




Jam 10.30 KakYan mula ternampak kereta bersusun susun di depan. Alamak, jalan jem pula sejauh 1 kilometer dari Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah. Memang beginilah situasinya kalau musim cuti atau hujung minggu, sesak dengan kenderaan yang keluar masuk merentas sempadan. Ada kurang lebih hampir 2 jam juga kancil KakYan mengensot ensot menghampiri sempadan. KakYan nampak ada beberapa buah kereta mematikan enjin kereta dan menghidupkannya semula apabila terdapat pergerakan di hadapan.




Checkpoint - 3. Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah. Kereta masih bergerak perlahan. Rasanya para pegawai imigresen sempadan mesti lenguh tangannya mengecop tak henti henti. Co-driver KakYan pula keluar dari kancil dan berjalan kaki membawa kad putih Kastam  untuk dicop di kaunter kastam Brunei. Selesai pemeriksaan dan cop keluar diturunkan di passport, kancil masih lagi bergerak pelan pelan di kawasan yang dikatakan "No Man Land" (betul wujud ke?) Naik bukit  dan turun bukit seperti kancil yang mengensot ensot terus nampak Pos Kawalan Imigresen Tedungan.


Checkpoint - 4. Pos Kawalan Imigresen Tedungan. Macam biasa kenderaan bergerak perlahan melalui pemeriksaan. Perut pun dah berkeroncong, maka perjalanan diteruskan ke Bandar Limbang.






Oleh kerana perut tak henti henti memainkan irama keroncong maka kami berhenti rehat sebentar di salah sebuah kedai untuk merarau. 


Pertama kali KakYan berkenalan dengan hati buyah. Tapi tak berani nak merasanya bila diketahui ianya adalah limpa.




Bersiar siar dulu.  Di seberang sana nampak ada sebuah perkampungan tepi sungai.



KakYan sempat menjenguk ke tamu. Mana tau ada yang berkenan.



Ikan tahai amat popular di sini. KakYan pun apa lagi beli la beberapa kilo untuk bekalan.




Pandangan dari atas Bandar Limbang

Jam 2 petang selepas mengisi penuh tangki minyak kancil, perjalanan diteruskan. Kali ini KakYan jadi co-driver pula. Sebab KakYan tak berani nak drive kancil naik feri, nanti kancil terjun tiruk pula ke sungai.. hehehe (Alasan untuk tak mahu drive)



Checkpoint - 5. Pos Kawalan Imigresen Pandaruan, Limbang. Kat sini sekejap jer check. Tiada tanda tanda kesesakan lalulintas seperti di Tedungan tadi.


Patutla lengang kat Pandaruan tadi, rupanya di sini diaorang berkumpul. Menunggu lagi tapi dalam sejam aje.



Feri usahasama Malaysia dan Brunei.  Kedua dua matawang boleh digunakan untuk membayar servis feri.




Si Kancil silver, rakan konvoi Kancil oren.



KakYan gelar bahagian Temburong ni Brunei kecik.


Hati hati jangan terbabas pula pos kawalan imigresen yang seterusnya yang terletak di siring jalan. Rupanya yang seperti rumah kayu boleh buat orang tak perasan.

Checkpoint - 6. Pos Kawalan Imigresen, Puni. Memang betul betul terpencil. Cop pasport dulu ya. Hairan pula, nama posnya Puni tapi dalam copnya Ujung Jalan?


Lepas tu bawa kad putih kastam untuk diperiksa di sini dan kita jalan lagi.




Melintasi pekan Bangar yang aman.


Sesiapa nak rehat kat sini silakan lah.....

Memandu dalam Brunei kecik ni tak lama, ada la dalam setengah jam.


Checkpoint - 7. Pos kawalan Imigresen Labu. Banyak menggunakan kontena dan kerangka besi. Mungkin kerana agak kurang kenderaan menuju Lawas, maka persekitaran agak lengang.


Naik feri Trusan. Bayaran RM10.00 dikenakan. Sampai di seberang terus menuju ke pekan untuk mencari pos kawalan imigresen Mengkalap.




Checkpoint - 8. Pos Kawalan Imigresen Mengkalap. Lepas singgah sini duduk sekejap minum milo panas di kedai berdekatan.


Disepanjang perjalanan melalui daerah Lawas disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang terbentang luas.



Jambatan ini hanya boleh dilalui secara satu arah dalam satu satu masa.


Mercu tanda Lawas. Sang kerbau yang perkasa.


Kurang lebih 1 jam perjalanan yang semakin menghapiri sempadan Sarawak/Sabah.


Jam 5 petang, KakYan dan konvoi tiba di sempadan Sarawak/Sabah


Checkpoint - 9. Pos Kawalan Imigresen Merapok.


Checkpoint - 10. Pos Kawalan Imigresen Sindumin.

Kedua dua checkpoint ni sebelah menyebelah saja.


Selesai sudah kancil KakYan mencipta rekod peribadi merentas sempadan. Selamat datang ke Sabah, negeri di bawah bayu.

Cerita perjalanan di Sabah akan disambung seketika nanti......

p/s : kredit kepada google kerana kebanyakan gambar yang terpapar di sini KakYan curi dari pakcik google.