Translate

Selasa, Jun 20

Kek Lapis Sarawak - Kek Pilih Kasih

Hari raya Aidilfitri 2018 akan menjelang tiba beberapa hari lagi. Sebelum ni Kak Yan yang terkenal pemalas akan membeli kek lapis dari rakan rakan pembuat kek lapis yang terkenal di Bintulu.  Entah tersampuk puteri bunian yang mana satu tetiba tahun ni ada mood nak buat kek sendiri. Puas menggoggle dan mengfacebook mengsekodeng resepi resepi kek lapis sarawak. Dari yang berlapis lapis sampailah ke yang tiada berlapis. Sambil tu juga mengsekodeng resepi biskut biskut yang nampak sedap dipandang mata. Namun sayangnya oleh kerana takut tulang rapuh, maka dicari resepi yang simple saja. Maka salah satu pilihan adalah  Kek Pilih Kasih, kek yang terkenal sejak berzaman mensia marek.

Resepinya Kak Yan cedok dari blog Hasue. Nak tengok versi Hasue boleh KLIK SINI 

Resepi versi Kak Yan pula 99.9% sama. Bah Kak Yan share resepinya.

Bahan bahan :
  • 10 biji telur (Kak Yan guna yg gred C punya)
  • 1 1/2 gelas tepung gandum
  • 1 gelas gula halus
  • 450 gram butter jenama Anchor
  • 1 gels horlick
  • 1 tin tinggi susu pekat / krimer
  • 2 peket milo 3 in 1
  • 1 gelas bijan/lengak (disangai dulu)
  • 2 gelas kacang tanag (disangai & dikisar halus)
  • 1/2 botol browing sugar (botol kecil)
  • 1 sudu makan esen vanilla
** gelas yang Kak Yan pakai tu cuma gelas plastik jer. Kiraan tepung segelas dlm 125gram, gula pula 200gram**



Cara cara membuatnya :
  1. Gula dan butter dipukul sampai kembang. Lepas tu masukkan telur satu demi satu.
  2. Masukkan esen vanilla, susu pekat dan tepung. Gaul rata.
  3. Masukkan horlick dan milo. Gaul lagi
  4. Masukkan kacang tanah dan bijan/lengak. Gaul sebati
  5. Masukkan browning sugar dan gaul sampai sebati.
  6. Dah boleh kukus selama 3-4 jam.



Inilah hasilnya Kek Pilih Kasih air tangan Kak Yan.




Kalau nak merasa kuih buatan Kak Yan, bolehlah datang beraya ke rumah nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan